Fudgy Brownies Paling Mantap (Sukatan Cawan)

Assalamualaikum. Entry kali ni saya nak kongsikan cara untuk membuat fudgy brownies yang paling sedap. Fudgy brownies ni sebenarnya lebih kurang sama macam brownies kedut yang pernah saya kongsikan sebelum ni. Cuma untuk resepi kali ni ada kelainan sikit sebab ada tambahan coklat di dalam brownies ni untuk menjadikannya lebih sedap dan fudgy. Rasanya lebih chewy.

Resepi fudgy brownies ni memang sangat senang untuk dibuat. Kalau tak reti atau tak berapa pandai buat kek, elok la cuba buat brownies ni dulu sebab cara membuatnya lebih mudah daripada buat kek dan juga senang nak jadi. Lagipun resepi brownies ni tidak memerlukan mixer. Cuma perlu pukul menggunakan whisk sahaja.

Kalau nak dapatkan brownies yang sedap, gunakan bahan-bahan yang berkualiti. Gunakan coklat dan serbuk koko yang sedap dan juga mentega asli untuk mendapatkan hasil yang terbaik. 100 gram coklat yang saya letak di dalam adunan tu boleh gunakan apa-apa jenis coklat. Saya campurkan coklat gelap dan juga coklat susu. Saya gunakan coklat jenama beryl. Sebenarnya coklat ni tak letak pun takpe. Tapi kalau nak lebih sedap, kenala letak. Hehe. Serbuk koko pula kebiasaannya saya gunakan jenama van houten. Manakala mentega asli yang selalu saya guna jenama anchor ataupun SCS.

Selain resepi fudgy brownies ni, saya juga pernah kongsikan beberapa jenis brownies yang lain seperti brownies coklat yang lebih cakey, brownies tanpa telur, brownies cheese dan banyak lagi. Boleh search kat mana-mana social media kami.

Ok jom kita tengok resepi kat bawah ni. Kalau nak lebih senang faham cara untuk membuat brownies ni, boleh tengok video yang saya sediakan kat atas ni. Kalau nak resepi lain yang best dan banyak lagi, jom subscribe YouTube Channel kami.

Bahan-bahan fudgy brownies:

  • 200 gram coklat gelap
  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan gula perang
  • 3 biji telur (gred B)
  • 1/4 sk garam
  • 1/2 Sb esen vanila
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 100 gram coklat (apa-apa coklat pun boleh-didadu)

Cara-cara membuat fudgy brownies:

  1. Cairkan coklat dan mentega secara double boil sehingga coklat menjadi cair dan sebati. Angkat dan sejukkan pada suhu bilik.
  2. Sementara itu, pukul gula putih, gula perang dan juga telur sehingga gula hancur dan berbuih. Pukul dengan menggunakan whisk.
  3. Masukkan garam dan juga esen vanila. Kacau lagi.
  4. Kemudian masukkan coklat yang telah dicairkan tadi dan kacau sehingga adunan sebati.
  5. Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko ke dalam adunan tadi. Kemudian kaup balik semua bahan sehingga sebati.
  6. Masukkan coklat yang telah dipotong dadu tadi kacau sebentar.
  7. Sediakan loyang bersaiz 7 @ 8 inci. Sapu merjerin dan alaskan dengan baking paper. Tuang adunan tadi ke dalam loyang.
  8. Bakar adunan pada suhu 180ºc selama 30 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing. Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu lebih kurang dalam 10 minit.
  9. Apabila telah masak, biarkan ianya betul-betul sejuk sebelum dipotong untuk mendapatkan potongan yang cantik.
fudgy brownies
Fudgy brownies
Fudgy brownies
fudgy brownies

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply