Popiah Lapis Rangup Krup Krap

Assalamualaikum. Popiah lapis rangup ni ada juga orang panggil popiah pankek rangup. Cara membuatnya senang sangat. Rasanya pun sedap dan dah tentu rangup.

Bahan-bahan untuk bahagian dalam @ inti popiah ni boleh di pelbagaikan mengikut citarasa masing-masing. Kalau nak pedas boleh tambah cili padi @ serbuk cili. Boleh juga letak cheese kalau nak rasa western sikit. Tambah sayuran pun sedap seperti carrot atau kobis yg di sagat atau dihiris halus. Ayam pula boleh digantikan dengan udang, daging dan sebagainya. Lapisan inti perlu diletak secara nipis supaya bahagian dalam cepat masak dan popiah ni akan jadi rangup.

So, korang boleh cuba resepi popiah yang mudah ni untuk minum petang atau pada bila-bila masa sahaja dan sudah tentu anak-anak pon akan sukakannya.

Sebelum cuba resepi popiah lapis rangup ni, boleh tengok dulu video yang saya sediakan kat atas ni. Lebih senang nak faham kalau tengok video. Kalau nak resepi lain yang best dan banyak lagi, jom subscribe YouTube Channel kami.

Bahan-bahan popiah lapis:

  • 250gm Ayam Cincang
  • 1/2 Biji Bawang Merah
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 3 Daun Bawang
  • 4 Sb Tepung Jagung
  • 1 Biji Telur
  • 1 sk Garam
  • 1 sk Serbuk Lada Hitam
  • 1 sk Serbuk Lada Putih
  • Kulit Popiah
  • Air
  • Minyak Masak

Cara-cara membuat popiah lapis:

  1. Masukkan ayam cincang, bawang merah, bawang putih, daun bawang, tepung jagung, telur, garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih ke dalam mangkuk.
  2. Gaul rata kesemua bahan2 di atas.
  3. Kemudian, ambil sekeping kulit popiah dan potong kepada 2 bahagian.
  4. Letakkan inti ayam tadi secara nipis dan ratakan.
  5. Sapukan sedikit air disekeliling kulit popiah, kemudian lipat dua kulit popiah tersebut.
  6. Selepas itu, goreng kulit popiah di atas kuali leper dengan menggunakan sedikit minyak sehingga masak dan kuning keemasan. Siap!
popiah lapis rangup

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply