Upside Down Oreo Cheesecake | Kek Oreo Terbalik

Assalamualaikum. Hari ni saya masak kek kegemaran anak-anak saya. Kenapa saya cakap kegemaran anak-anak saya sebabnya anak-anak saya memang penggemar cheese tegar. Salah satunya upside down oreo cheesecake ni la. Kalau saya buat kek yang berasaskan keju memang anak-anak saya berebut2 makan. Hehe. Kek ni dipanggil upside down atau ‘terbalik’ kerana ada susunan oreo di dasar kek dan apabila diterbalikkan kek ni nampak sangat cantik.

Cara membuat upside down oreo cheesecake ni sangat mudah dan cepat kerana bahan-bahan yang digunakan tidak banyak dan mudah didapati. Tekstur kek ini sangat lembut, ditambah pula kombinasi rasa oreo dan keju yang creamy terasa sungguh lazat pada setiap suapan. Hehe.

Bahan utama kek ni sudah tentu la krim keju. Korang boleh guna krim keju tatura yang biasanya terdapat di mana-mana pasaraya ataupun boleh juga guna krim keju premium contohnya seperti anchor, philadelphia atau dairyland. Jika korang gunakan krim keju premium rasa kek ini akan jadi lebih sedap, lemak dan berkrim. Walaupun harga krim keju premium agak mahal tapi berbaloi sebab korang mesti puas hati dengan keenakkan rasa kek tu nanti. Kalau tak percaya cuba la. Hehe. Untuk yogurt pula, korang boleh gantikan dengan sour cream ataupun whipping cream.

Kek ni sedap di makan ketika sejuk. Sesuai juga untuk dihidangkan pada waktu petang atau di majlis-majlis keraian sebagai pencuci mulut. Ada beberapa lagi kek yang berasaskan oreo yang pernah saya buat seperti kek span oreo dan non baked oreo cheesecake ni. Jangan lupa cuba tau.

Sebelum cuba resepi upside down oreo cheesecake ni, boleh tengok dulu video yang saya sediakan kat atas ni. Lebih senang nak faham kalau tengok video. Kalau nak resepi lain yang best dan banyak lagi, jom subscribe YouTube Channel kami.

Bahan-bahan upside down oreo cheesecake:

  • 500 gram Krim Keju
  • 100 gram Gula Kastor
  • 2 biji Telur Gred A
  • 125 gram Yogurt
  • 1 tsp Esen Vanilla
  • 10 Keping Oreo (dipatah- patahkan)
  • Beberapa keping oreo untuk di letakkan di dasar loyang.

Cara-cara membuat:

  1. Pukul krim keju menggunakan mixer sehingga lembut.
  2. Masukkan gula kastor, telur dan yogurt. Pukul lagi sehingga adunan betul-betul sebati.
  3. Setelah adunan sebati, masukkan esen vanilla dan pukul sebentar.
  4. Seterusnya, masukkan pula oreo yang telah dipatah-patahkan dan kacau sahaja sehingga rata menggunakan spatula.
  5. Susun oreo di dasar loyang kemudian tuang adunan tadi ke dalam loyang yang bersaiz 8×8 inci.
  6. Panaskan oven pada pada suhu 165°C/329°F selama 10 minit dahulu.
  7. Kemudian, masukkan adunan ke dalam oven dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.
upside down oreo cheesecake
upside down oreo cheesecake
upside down oreo cheesecake

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply