Satay Goreng Dengan Perapan Yang Mudah

Assalamualaikum. Bertemu lagi kita di entri kali ini. Hari ni saya nak kongsikan resepi satay goreng yang sangat sedap dan mudah untuk disediakan. Untuk pengetahuan semua, saya ni sememangnya penggemar satay sejak kecil lagi sampai la sekarang, kalau sekali makan tu saya boleh habiskan berbelas cucuk la. Hehe.

Teringat dulu semasa saya kecil kalau di kampung susah sangat nak dapat makan satay ni kerana mak saya tak pandai buat satay dan kalau nak beli pula kena beli banyak sebab adik beradik saya ramai jadi sudah tentulah harganya agak mahal. Ibaratnya satay ni macam makanan orang-orang kayalah bagi saya pada ketika itu. Hehe.

Sebenarnya, terdapat beberapa cara untuk menyediakan satay ni. Kalau cara tradisional tu biasanya ayam atau daging akan dicucuk menggunakan lidi, kemudian di bakar atas dapur yang ada bara dari arang dan dipercikkan minyak dengan menggunakan batang serai yang diketuk terlebih dahulu. Agak leceh dan rumit kalau guna cara tradisional ni kan. Tapi kini satay telah di transformasikan penyediaannya. Satay boleh digoreng di dalam kuali dengan menggunakan minyak yang banyak dan boleh juga guna minyak sedikit/tanpa minyak atau dibakar di dalam oven sahaja sehingga masak.

Kuah Kacang

Resepi satay goreng yang saya kongsikan kali ni saya gunakan daging. Boleh juga gantikan dengan ayam, kambing atau sebagainya mengikut selera dan kesukaan masing-masing. Kalau dulu-dulu satay selalunya di makan pada hari raya sahaja tapi sekarang satay goreng ni boleh di makan pada bila-bila masa yang korang suka sebab lebih mudah cara penyediaannya. Satay goreng ini pula sedap di makan bersama-sama dengan lemang, lontong, ketupat, nasi impit serta kuah kacang. Kalau nak tengok resepi dan cara membuat kuah kacang mak saya yang marvellous boleh tengok di sini.

Ok kalau nak lebih senang faham cara untuk membuat satay goreng ni, boleh tengok video resepi yang saya sediakan kat atas. Jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk dapatkan lebih banyak video resepi yang terbaru dan menarik.

Bahan-bahan satay goreng:

Bahan rempah:

  • 1 sb Biji ketumbar
  • 1 sb Jintan manis
  • 1 sb Jintan putih

Bahan lain:

  • 1 biji Bawang besar
  • 3 ulas Bawang putih
  • 2 cm Halia
  • 2 cm Kunyit
  • 1 cm Lengkuas
  • 2 btg Serai
  • Air
  • 300 gm Daging lembu (potong dadu)
  • 1 sb rempah yang dikisar
  • Gula
  • Garam

Cara-cara membuat satay goreng:

  1. Sangai bahan rempah iaitu biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Kemudian kisar sehingga halus (hanya gunakan 1sb sahaja untuk resepi ini selepas di kisar).
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas dan serai dengan sedikit air.
  3. Campurkan bahan kisar bersama daging. Tambahkan bahan rempah, garam serta gula secukupnya dan gaul sehingga rata.
  4. Kemudian, perap daging selama 1 jam.
  5. Panaskan sedikit minyak, masukkan daging dan goreng daging sehingga lembut dan kering. Siap! Selamat mencuba.

Nota:

  • Perap daging lebih lama untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
  • Goreng daging sehingga kering.
satay goreng
satay goreng
satay goreng

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply