Durian Goreng Celup Tepung Rangup

Assalamualaikum. Entry kali ni saya nak kongsikan cara untuk membuat durian goreng yang rangup. Mungkin ada yang tak pernah makan ataupun pelik bila dengar durian goreng. Tapi pertama kali mencuba, memang saya terus suka dengan rasa durian goreng ni. Rasanya lebih kurang macam cempedak goreng, rangup diluar, lembut di dalam. Kalau nak resepi cempedak goreng garing dan rangup boleh tengok di sini.

Walaupun sekarang bukan musim durian, tapi saya masih lagi ada nampak durian dijual di merata tempat. Mungkin ada lagi sikit-sikit durian yang masih lagi gugur. Kalau nak try kesedapanya, boleh la pergi cari durian sekarang. Hehe..

Durian goreng ni sedap kalau di makan panas-panas. Lebih-lebih lagi kalau waktu musim hujan macam sekarang ni kan. Menu ni sesuai juga untuk hidangan minum petang. Selain tu, korang boleh juga cuba beberapa resepi durian yang lain yang pernah saya kongsikan sebelum ni seperti aiskrim durian, durian crepe dan sebagainya.

Kalau nak lebih senang faham cara untuk membuat resepi ni, boleh tengok video resepi yang saya sediakan kat atas. Jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk dapatkan lebih banyak video resepi yang terbaru dan menarik.

Bahan-bahan durian goreng:

  • Durian
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 1/4 cwn tepung gandum
  • 2 sb tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1/2 cwn air (lebih kurang)

Cara-cara membuat durian goreng:

  1. Campurkan kesemua tepung, telur dan sedikit garam serta serbuk kunyit ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga adunan sebati dan mendapat kepekatan yang sederhana.
  3. Celup durian di dalam adunan tadi secara rata.
  4. Goreng di dalam minyak yang panas sehingga garing. Siap!

durian goreng

durian goreng

durian goreng


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply