Kari Sardin Kaw Tanpa Santan Sedap

Assalamualaikum. Bersua kembali kita di entri kali ini. Hari ini saya nak masak kari sardin simple untuk hidangan makan tengahari kami sekeluarga. Saya percaya pasti setiap rumah mesti ada menyimpan stok sardinkan? Bagi saya sardin adalah lauk atau menu ’emergency’ ketika stok lauk dekat rumah dah habis atau jika ada tetamu yang tak di undang datang ke rumah. Sebab sardin ni senang dan cepat untuk di masak. Korang mesti setuju dengan sayakan? Hehe.

Terdapat pelbagai cara dan menu masakan sardin. Contohnya seperti sandwich, inti karipap, masak lemak sardin, nasi goreng sardin dan bermacam-macam lagi. Antara resepi best yang pernah saya buat guna sardin ialah roti sardin cheese, pasta sardin, roti gulung sardin yang crunchy dan banyak lagi.

Pilihan menu sardin saya kali ini ialah kari sardin. Kari sardin yang saya buat ini tidak menggunakan santan. Korang boleh gunakan santan jika suka. Serbuk kari pula boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kepekatan yang sesuai, kalau nak rasa lebih pedas boleh letak sedikit cili kisar semasa menumis. Ubi kentang pula boleh digantikan dengan sayur lain seperti kacang bendi, buah tomato atau terung mengikut kesesuian dan selera masing-masing. Kari sardin ini sedap di makan bersama nasi panas, tak payah lauk lain pun takpe. Hehe.

Saya ada sediakan video cara membuat kari sardin kat atas. Jom tengok video dulu supaya lebih senang dan faham cara untuk membuatnya. Kalau nak resepi lain yang best dan banyak lagi, jom subscribe YouTube Channel kami dan jangan lupa juga untuk like Facebook kami yea.

Bahan-bahan membuat kari sardin:

  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 biji Bawang Besar
  • 1/2 inci Halia
  • 1 Kulit Kayu Manis
  • 1 Bunga Lawang
  • 2 Buah Pelaga
  • 2 tangkai Daun Kari
  • 6 sb Serbuk Kari (campurkan dengan sedikit air)
  • 1 1/2 cawan Air
  • 1-2 biji Ubi Kentang
  • 1 sk Asam Jawa
  • Garam
  • Ikan Sardin

Cara-cara membuat kari sardin:

  1. Tumis bawang putih, bawang besar, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Tambahkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air, tumis lagi sehingga garing.
  3. Kemudian masukkan air, ubi kentang serta asam jawa. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak sehingga ubi kentang lembut/empuk.
  4. Akhir sekali, masukkan ikan sardin. Siap dan boleh dihidangkan.

kari sardin

kari sardin

kari sardin


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply