Jejari Kentang Cheese Resepi Viral

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua. Bertemu lagi kita di entri kali ini. Hari ni saya nak kongsikan salah satu resepi viral di media social iaitu jejari kentang. Resepi ni sangat mudah dan senang untuk di sediakan. Boleh ajak anak-anak buat dan tolong bentukkan jejari kentang ni sama-sama untuk isi masa lapang mereka. Saya pasti anak-anak mesti suka. Hehe.

jejari kentang cheese
Tengok video ini untuk cara-cara menghasilkan resepi Jejari Kentang Cheese

Actually, resepi ini secara asasnya hanya perlukan kentang yang direbus, tepung jagung dan sedikit garam. Tapi saya olah dan tambahkan bahan lain untuk rasa yang lebih sedap. Bahan yang saya tambah di dalam jejari kentang ini ialah lobak merah, daun ketumbar dan keju. Korang boleh tambah apa-apa bahan atau sayuran lain jika suka. Untuk tepung pula, boleh tambahkan atau kurangkan mengikut kesesuaian.

Saya menggunakan dua cara untuk menggoreng jejari kentang ni. Cara yang pertama saya salutkan dengan serbuk roti di luarnya dan satu lagi cara saya biarkan kosong tanpa apa-apa salutan dan terus di goreng begitu sahaja. Korang boleh pilih salah satu cara yang korang suka atau cuba kedua-dua sekali. Jejari kentang ini sedap di makan semasa panas kerana ianya rangup diluar dan lembut di dalam. Boleh juga di cicah dengan cili sos atau mayonis. Selamat mencuba.

Korang boleh tengok video yang saya sediakan di atas sebelum cuba membuat resepi jejari kentang ini supaya lagi mudah dan senang faham cara membuatnya. Kalau nak resepi lain yang lebih sedap, mudah dan banyak lagi, jom subscribe YouTube Channel kami dan jangan lupa like Facebook kami yea.

Bahan-bahan jejari kentang:

  • 400 gm Kentang
  • Lobak Merah
  • Daun Ketumbar
  • 30 gm @ 1/4 cawan Keju Cheddar
  • 30 gm @ 1/4 cawan Keju Parmesan
  • 60 gm @ 1/2 cawan Tepung Jagung
  • 1 sk Garam
  • Serbuk Roti

Cara-cara membuat jejari kentang:

  1. Rebus kentang sehingga lembut dan toskan airnya.
  2. Kemudian, lecekkan kentang sehingga hancur.
  3. Masukkan lobak merah, daun ketumbar, keju cheddar, keju parmesan, tepung jagung serta garam secukupnya. Gaulkan sehingga sebati.
  4. Setelah itu, bentukkan adunan memanjang seperti jari.
  5. Akhir sekali, salutkan dengan serbuk roti (tekan sedikit supaya melekat) atau dibiarkan kosong dan goreng sehingga kuning keemasan. Siap!

Nota:

  • Selain direbus kentang juga boleh di kukus sehingga lembut.
  • Selepas kentang di lecek, sejukkan dahulu sebelum masukkan tepung jagung dan bahan lain untuk mengelakkan daripada adunan menjadi terlalu lembut atau lembik.
jejari kentang
jejari kentang
jejari kentang

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo