Puding Kastard Jagung Sedap, Lemak Berkrim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hai semua. Apa khabar? Korang dah ada idea ke nak masak dessert apa hari ni? Kalau belum jom saya kongsikan resepi puding kastard jagung yang sangat mudah dan senang untuk disediakan dan rasanya pula sangat sedap, lemak berkrim dan disukai ramai! Hehe. Puding kastard jagung ni memang kegemaran saya dari dulu lagi. Resepi ni saya ambil dari blog thesisterscookingproject. Credit to her sebab masakan dia memang semuanya sedap. Korang boleh tengok blog atau Instagram dia untuk dapatkan lebih banyak resepi lain.

Puding yang diletak susu cair lebih sedap berbanding puding biasa. Dengan rasa lemak dari susu cair dan manis dari jagung, ianya satu gandingan yang lengkap untuk menambahkan kelazatan puding kastard jagung ni. Lebih-lebih lagi apabila dimakan sejuk dan boleh juga dihidangkan bersama aiskrim vanilla ataupun buah-buahan koktel yang dicampur dengan susu cair. Susu cair boleh juga digantikan dengan santan ataupun campur kedua-duanya.

Saya lebih suka menggunakan jagung dalam tin jenama ayam brand kerana ianya sesuai dengan selera saya. Boleh juga gantikan dengan apa-apa jenama lain yang korang suka. Kalau nak guna jagung fresh pun boleh. Jagung fresh perlu dikupas dan dibersihkan terlebih dahulu dan dihiris isinya. Kemudian, isinya di rebus atau di kukus sehingga lembut barulah dicampur ke dalam puding. Saya juga pernah kongsikan resepi beberapa jenis puding lain sebelum ini seperti puding trifle, puding milo, puding karamel dan banyak lagi. So, apa tunggu lagi jom cuba buat puding kastard jagung yang marvellous ni!

Sebelum tu korang boleh tengok video yang saya sediakan di atas supaya lagi mudah dan senang faham cara membuat puding kastard jagung ni. Kalau nak resepi lain yang lebih sedap, mudah, best dan banyak lagi, jom subscribe YouTube Channel kami dan jangan lupa like Facebook kami yea.

Bahan-bahan puding kastard jagung:

  • 1 tin (425 gm) Jagung
  • 1 1/2 cawan Susu Cair
  • 3/4 cawan Gula
  • 3 cawan Air
  • 1 cawan Tepung Kastard

Cara-cara membuat puding kastard jagung:

  1. Campurkan semua bahan di dalam periuk atau kuali. Kacau sebati kesemua bahan (tak perlu pasang api dapur dahulu)
  2. Bila semua bahan sudah sebati, baru pasangkan api. Kemudian, masak puding dengan api perlahan. Kacau sentiasa sehingga pekat dan berkilat.
  3. Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan sebelum dipotong.

Tips:

  • Sentiasa kacau adunan semasa memasak supaya adunan rata dan tidak berketul.
  • Masak sehingga betul-betul likat dan pekat menggunakan api yang perlahan supaya adunan tidak mudah hangus.
  • Sukat semua bahan dengan menggunakan cawan yang sama.
  • Pastikan puding betul-betul sejuk sebelum dipotong untuk mendapatkan potongan yang cantik dan kemas.
puding kastard jagung
puding kastard jagung
puding kastard jagung
puding kastard jagung

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo