Daging Masak Hitam Terangkat Sedapnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam entry kali ini saya nak kongsikan resepi yang berasaskan daging iaitu daging masak hitam yang saya jamin sangat sedap rasanya. Hehe. Sebagai surirumah mesti kadang-kadang buntu nak masak apa untuk hidangan setiap harikan? Sama la macam saya hari-hari fikir idea apa untuk memasak. Hehe. Bosan jugakan kalau asyik masak resepi yang sama. So, saya pun cuba la resepi ni.

Actually dah beberapa kali saya buat daging masak hitam ni sebab anak-anak dan suami saya sangat suka keenakkan rasa daging ni selepas pertama kali saya mencubanya. Daging masak hitam ni lebih kurang macam masak rendang juga cuma ianya tidak menggunakan lengkuas dan santan. Ianya menggunakan kicap yang banyak supaya menjadi hitam. Ada pelbagai lagi resepi daging yang pernah saya kongsikan sebelum ni seperti daging masak lada hitam dan kambing bakar. Bagi yang nak mencuba kelainan, boleh cuba resepi daripada korea ni iaitu bulgogi.

Daging masak hitam ni lebih sedap jika dimakan keesokan harinya sebab bahan-bahannya akan lebih meresap ke dalam daging. Daging boleh juga digantikan dengan ayam jika suka. Ianya boleh dimakan bersama nasi putih, ketupat, nasi impit, pulut, lemang dan sebagainya. Ia juga sesuai dijadikan sebagai hidangan di hari raya. Ok, selamat mencuba semua.

Kalau korang nak lebih senang faham cara membuat daging masak hitam ni, boleh tengok dulu video yang saya sediakan kat atas. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan tengok video menarik dan best kat situ dan jangan lupa like Facebook kami yea.

Bahan-bahan daging masak hitam:

  • 1 Biji Bawang Holland
  • 4 Ulas Bawang Putih
  • 3 Batang Serai
  • 1 Inci Halia
  • 7-10 Tangkai Cili Kering (Direbus)
  • Kulit Kayu Manis
  • Bunga Lawang
  • Buah Pelaga
  • Jintan Manis
  • 24 gm Serbuk Kari (1 paket)
  • 24 gm Rempah Kurma (1 paket)
  • 500 gm Daging Lembu
  • Air
  • 3 Sudu Besar Kicap Masin
  • 6 Sudu Besar Kicap Manis (boleh tambah ikut suka)
  • 2 Sudu Besar Kerisik
  • Garam (Jika perlu)

Cara-cara membuat daging masak hitam:

  1. Kisar bawang holland, bawang putih, serai, halia dan cili kering.
  2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan jintan manis. Masak lagi sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian, masukkan serbuk kari dan rempah kurma.
  5. Masukkan daging lembu dan air (boleh tambah beberapa kali) masak sehingga daging lembut.
  6. Masukkan pula kicap masin dan kicap manis (boleh ditambah ikut suka).
  7. Akhir sekali, masukkan kerisik dan sedikit garam kacau hingga sebati dan siap!

Tips:

  • Boleh tambah minyak ketika menumis bahan kisar dan rempah kalau kering sangat.
  • Pastikan daging betul-betul lembut dahulu sebelum masukkan kicap dan garam untuk mengelakkan daging menjadi liat.
daging masak hitam
daging masak hitam
daging masak hitam
daging masak hitam

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo