Ayam Masak Lemon Marvellous

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Korang dah masak ke belum tu? Hari ni saya nak kongsikan resepi ayam masak lemon yang mudah dan marvellous. Memandangkan ada lebihan ayam semalam, jadi saya nak masak ayam lemon ni. Kalau guna kepak ayam lagi sedap sebenarnya. Tapi untuk hari ni saya guna je apa yang ada.

Ayam masak lemon ni merupakan salah satu hidangan yang popular di restoran cina. Kalau kita makan di restoran boleh tahan juga harganya. So, yang mana rajin nak masak tu better buat sendiri. Lebih puas hati dan terjamin kebersihannya dan pastinya lebih jimat belanja. Hehe.

Resepi ni mudah je penyediaannya dan bahannya pun tak banyak. Korang boleh sesuaikan rasa masam dan manis mengikut selera masing-masing. Rasa masam lemon dan manis dari madu cukup menyelerakan, baunya pun harum je. Hehe. Ayam masak lemon ni sesuai di makan bersama nasi putih atau nasi minyak. Jom kita tengok resepi dalam cara membuat ayam masak lemon marvellous ni.

Ada pelbagai resepi yang berasaskan ayam yang pernah saya kongsikan sebelum ni. Antara resepi yang korang wajib cuba ialah ayam masak cili kering, ayam masak thai, ayam sambal bali dan macam-macam lagi. Search je keyword ayam kat blog ni. Macam-macam resepi ayam ada. Hehe.

Kalau korang nak senang faham cara membuat ayam masak lemon ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa like Facebook kami yea.

Bahan-bahan ayam masak lemon:

  • 200 gm Ayam (dipotong dadu)
  • 1 biji Telur
  • 1 sb Kicap Cair
  • 1 sk Lada Sulah
  • 1 sk Garam
  • 3 sb Tepung Jagung

Bahan sos:

  • 1 sb Minyak Masak
  • 1/2 cwn Air
  • 1/2 kiub Stok Ayam
  • 3 sb Jus Lemon
  • 2 sb Gula
  • 1 sb Madu
  • 2 hirisan Lemon
  • 1 sb Tepung Jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • Parutan Kulit Lemon

Hiasan:

  • Daun Bawang
  • Bijan

Cara-cara membuat ayam masak lemon:

  1. Satukan ayam, telur (dipukul sedikit), kicap cair, lada sulah dan garam ke dalam mangkuk. Tambahkan tepung jagung dan gaul hingga rata.
  2. Goreng ayam sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Sementara itu, sediakan sosnya. Panaskan minyak, masukkan air, stok ayam dan jus lemon. Kacau sebentar.
  4. Masukkan gula, madu dan hirisan lemon. Tambahkan air tepung jagung kacau dan masak hingga sos mendidih dan likat.
  5. Apabila sos sudah likat keluarkan hirisan lemon tadi dan masukkan pula parutan kulit lemon. Kacau sebentar dan angkat.
  6. Tuang sos ke atas ayam yang telah di goreng tadi dan hiaskan dengan hirisan daun bawang dan bijan. Siap dan boleh dihidangkan.
ayam masak lemon
ayam masak lemon
ayam masak lemon

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply