Ayam Geprek Enak Dimakan Begitu Sahaja

Assalamualaikum. Hai semua. Bertemu lagi kita dalam entri kali ini. Korang dah lunch ke belum? Kalau belum boleh cuba buat resepi yang akan saya kongsikan kali ni iaitu ayam geprek padu. Hehe.

Resepi ayam geprek atau maksud lainnya adalah ayam yang diketuk merupakan resepi yang berasal dari Yogyakarta. Sungguhpun begitu ianya boleh dijumpai di seluruh indonesia dan juga negara kejiranan. Sejak kebelakangan ini ayam geprek semakin menjadi perhatian ramai. Malah, ramai juga yang telah kongsikan hidangan ini di media sosial.

Siapa yang tidak sukakan hidangan ayam geprek ini yang menggabungkan ayam goreng rangup yang diketuk dan di makan dengan sambalnya yang enak. Cara penyediaannya yang mudah dan ringkas serta rasanya yang unik menjadikan resepi ni sangat diminati oleh ramai orang. Rasa pedas, manis, masin dan masam menjadikan rasa sambal ini sangat unik. Saya sendiri ketika pertama kali mencuba resepi ini terus jatuh hati dengan rasanya. Tapi sebenarnya ayam ni perlu diketuk setelah digoreng. Saya tak buat. Hehe. Tapi masih lagi sedap. So, apa tunggu lagi jom kita buat ayam geprek ni.

Sebelum korang nak buat resepi ayam geprek ni, apa kata tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas supaya lebih senang nak faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan tengok video menarik dan best kat situ dan jangan lupa like Facebook kami yea.

Bahan-bahan ayam geprek:

Bahan untuk ayam:

  • Ayam
  • Tepung Segera (perap ayam selama 30 minit)
  • 1 Biji Telur Ayam
  • Tepung Segera

Bahan untuk sambal:

  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 2 Tangkai Cili Besar Merah
  • 5-6 Tangkai Cili Padi
  • 1 Biji Tomato
  • Gula
  • Garam

Cara-cara membuat ayam geprek:

  1. Gaul ayam bersama tepung segera hingga rata. Perap selama 30 minit.
  2. Pecahkan telur di dalam mangkuk dan sediakan pinggan yang berisi tepung segera.
  3. Kemudian, celup ayam ke dalam telur dan salut dengan tepung segera hingga rata.
  4. Goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  5. Selepas itu, goreng bawang putih, bawang besar, cili besar merah, cili padi dan tomato hingga masak (angkat tomato dulu sebab tomato cepat masak).
  6. Setelah masak, angkat kesemua bahan lain dan tumbuk kasar. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  7. Akhir sekali, ambil ayam yang telah digoreng tadi ketuk sedikit dan letak sambal di atasnya. Sedia untuk dihidang.
ayam geprek
ayam geprek
ayam geprek
ayam geprek

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo