Masak Lemak Sardin Kangkung Resepi Istimewa

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Siapa suka makan sardin angkat tangan? Kalau suka kita geng! Hehe. Biasanya sardin di goreng atau dibuat sambalkan, tapi hari ni saya nak kongsikan satu resepi istimewa iaitu masak lemak sardin bersama kangkung. Kenapa saya kata istimewa sebab resepi sardin yang di campur dengan kangkung ni resepi turun temurun dari arwah nenek saya. Arwah nenek saya yang memberi dan mengajar resepi ini kepada emak saya dan sekarang, saya pula mewarisi resepi ini daripada emak saya.

Hidangan ini juga memang menjadi kegemaran kami sekeluarga di kampung termasuklah arwah abah saya. Arwah abah memang menggemari sardin tak kira la samada sambal sardin, kari sardin, roti sardin, karipap sardin pendek kata semua yang berasaskan sardin memang arwah abah akan suka. Hingga kami sekeluarga pun terikut-ikut jejak dia suka makan sardin. Hebatkan penangan sardin ni! Hehehe. Saya pernah juga kongsikan pelbagai resepi yang berasaskan sardin seperti kari sardin, roti sardin gulung yang crunchy, pasta sardin, roti sardin cheese dan sebagainya.

Berbalik kepada resepi ini, actually ada pelbagai cara untuk membuat masak lemak ni. Saya tunjukkan cara yang mudah untuk dibuat dan hasilnya yang sedap. Saya menggunakan sardin jenama ayam brand kerana saya rasa ianya lebih sedap berbanding jenama lain. Tapi korang boleh juga guna jenama pilihan yang disukai mengikut selera masing-masing.

Pelbagaikan rasa

Dalam resepi ni saya letakkan kangkung. Kangkung boleh digantikan dengan kentang, batang lambuk, jantung pisang, buah tomato, kacang panjang, terung dan sebagainya mengikut kesesuaian. Gunakan santan segar untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap. Kepedasannya juga boleh ditambah atau dikurangkan. Jika ingin rasa lebih pedas boleh lebihkan cilinya atau sebaliknya. Ok, korang wajib cuba resepi istimewa ni tau! Hehe.

Kalau korang nak senang faham cara membuat masak lemak sardin bersama kangkung ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa like Facebook kami yea.

Bahan-bahan untuk masak lemak sardin kangkung:

  • 1/2 Biji Bawang Besar
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 5 Tangkai Cili Padi
  • 1 Tin Sardin (Sederhana)
  • Minyak
  • 2 Cawan Santan
  • Garam
  • Serbuk Kunyit
  • Asam Keping
  • Kangkung

Cara-cara membuat masak lemak sardin kangkung:

  1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili padi.
  2. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan sardin dan goreng sekejap.
  4. Masukkan santan, garam secukupnya, serbuk kunyit dan asam keping. Masak sehingga mendidih (kuah perlu sentiasa di kacau supaya santan tidak pecah minyak).
  5. Akhir sekali, masukkan kangkung kacau sebentar dan boleh diangkat dan dihidangkan. Selamat mencuba.
Masak Lemak Sardin
Masak Lemak Sardin
Masak Lemak Sardin
Masak Lemak Sardin

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.


Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo