Chocolate Mousse 2 Bahan (Tanpa Telur) Rasa Aiskrim

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua. Apa khabar korang hari ni? Korang dah ada idea ke nak masak dessert apa hari ni? Kalau belum jom saya kongsikan resepi chocolate mousse 2 bahan (tanpa telur) yang paling cepat, mudah dan ringkas untuk dibuat tapi rasanya memang sangat sedap dan menyejukkan tekak korang. Hahaha.

Siapa penggemar dessert coklat memang sesuai sangat la untuk cuba buat dessert ni. Chocolate mousse ni hanya menggunakan 2 bahan sahaja iaitu coklat susu dan juga krim putar. Chocolate mousse ni sesuai dijadikan sebagai hidangan pencuci mulut untuk di hidangkan di majlis istimewa seperti majlis kahwin, harijadi dan sebagainya. Ianya boleh dimakan terus selepas dibuat atau semasa sejuk. Rasanya seperti aiskrim yang sangat lembut dan sangat sedap. Rasa lemak dari krim putar dan keenakkan coklatnya memang rasa tak sabar untuk menikmatinya.

Anak-anak saya memang sangat menggemari chocolate mousse ni. Chocolate mousse ni boleh di makan begitu sahaja atau boleh juga di hidangkan dengan kek kegemaran korang. Ok, jom kita buat resepi ni! Selamat mencuba.

Kalau korang nak senang faham cara membuat chocolate mousse 2 bahan ni, korang boleh tengok video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-bahan chocolate mousse:

  • 150 gm Coklat Susu
  • 1/2 cawan @ 60mililiter Krim Putar
  • 1 cawan @ 250 milliliter krim putar (sejuk)
  • Parutan Coklat
  • Whipped Cream

Cara-cara membuat chocolate mousse:

  1. Masukkan coklat susu dan krim putar ke dalam mangkuk dan cairkan menggunakan kaedah double boiler. Angkat dan sejukkan dahulu selama 10 minit.
  2. Pukul krim putar (pastikan krim putar sejuk) sehingga bertanduk. Jangan terlebih pukul.
  3. Ambil adunan coklat tadi dan masukkan ke dalam krim putar sedikit demi sedikit sambil pukul adunan sehingga sebati.
  4. Sejukkan adunan di dalam peti ais selama sekurang-kurangnya 3 jam.
  5. Keluarkan adunan kemudian masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam gelas atau boleh dihidangkan mengikut kreativiti masing-masing.
  6. Hiaskan dengan whipped cream dan parutan coklat. Siap!
Chocolate Mousse
Chocolate Mousse
Chocolate Mousse
Chocolate Mousse

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply