Telur Goreng Sambal, Tips Masak Sambal Lebih Sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua. Bertemu lagi kita di entri kali ini. Korang dah lunch ke belum tu? Hari ni saya nak masak yang simple je untuk lunch sebab belum beli barang-barang dapur lagi. Lauk yang ada semuanya dah habis. Ada telur je dalam peti sejuk. So,  saya nak masak telur goreng sambal je lah! Hehe.

Nak buat telur goreng sambal ni senang je. Tapi mungkin ada pelbagai resepi dan cara yang orang lain gunakan. Saya gunakan resepi yang paling mudah supaya senang untuk korang buat nanti. Hehe. Tips untuk mendapatkan sambal yang sedap ialah dengan memasak sambal sehingga betul-betul garing dan boleh ulang masukkan air beberapakali sehingga la sambal betukar warna menjadi agak gelap. Barulah cili akan betul-betul masak dan sedap rasanya. Dalam resepi ini saya menggunakan produk keluaran Anaris iaitu bawang merah kisar meletop, bawang besar kisar meletop, bawang putih kisar meletop dan cili kering kisar meletop. Senang betul nak masak kalau gunakan produk Anaris ni sebab semuanya dah di kisar, tak payah susah-susah dan bazir masa nak kisar lagi. Cuma ambil dan masukkan je dalam kuali. Mudah bukan!? Hehe.

Resepi sambal yang saya kongsikan ini juga boleh digunakan untuk dimasak bersama lauk lain seperti ayam, daging, sotong, ikan dan sebagainya. Untuk telur pula, ianya boleh digoreng, direbus ataupun pecah terus dalam sambal. Sambal telur ni sedap di makan bersama nasi putih atau nasi goreng. Jom kita buat telur goreng sambal yang mudah dan sedap ni. Selamat mencuba.

Tapi sebelum korang cuba buat telur goreng sambal ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan boleh tengok video menarik dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-bahan telur goreng sambal:

  • Telur
  • 1 Sudu Besar Bawang Merah Kisar Meletop
  • 1 Sudu Besar Bawang Besar Kisar Meletop
  • 1 Sudu Besar Bawang Putih Kisar Meletop
  • 2 Sudu Besar Cili Kering Kisar Meletop
  • 1/2 Inci Belacan
  • 1-2 Sudu Besar Sos Tomato
  • 1-2 Sudu Besar Sos Cili
  • Air
  • Gula
  • Garam
  • Hirisan Bawang

Cara-cara untuk membuat telur goreng sambal:

  1. Goreng telur sebiji demi sebiji. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang merah, bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan belacan, sos tomato dan sos cili. Kacau sehingga rata.
  5. Tambahkan sedikit air, tumis lagi sehingga pecah minyak. Ulangi langkah ini sebanyak 3@4 kali untuk mendapatkan sambal yang sedap (boleh rujuk video di atas).
  6. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tumis dan masak lagi sambal sehingga betul-betul garing dan warna sambal bertukar menjadi agak gelap.
  7. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang dan telur yang di goreng tadi. Siap! Selamat menjamu selera.

telur goreng sambal
telur goreng sambal
telur goreng sambal

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo