Dalgona Coffee Viral Yang Menggoda Jiwa

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar korang semua? Sebelum saya mulakan resepi dalgona coffee ni, saya doakan semuanya sihat dan terhindar dari virus covid 19 yang sedang menular di seluruh dunia dan di Malaysia amnya. Banyak nyawa yang telah hilang serta ribuan lagi yang masih berada di hospital yang belum tentu nasib mereka. Teramat sedih dan menakutkan kesan daripada penularan wabak covid 19 ini sehinggakan kebanyakkan negara telah mengeluarkan perintah ‘lockdown’ supaya dapat menyekat wabak ini daripada terus merebak. Apa yang kita mampu lakukan untuk membantu mereka yang positif covid 19 ini adalah dengan mengikuti semua saranan kerajaan, menjaga kebersihan diri serta teruskan berdoa semoga Allah mengangkat virus ini dan kita semua dapat menjalankan kehidupan seperti biasa tanpa rasa takut lagi.

Negara Malaysia juga tidak terkecuali dari perintah ‘kawalan pergerakan’ dan kerajaan mengarahkan untuk rakyat duduk di rumah sahaja. Ini membuatkan rata-rata rakyat Malaysia agak bosan terutama bagi mereka yang sudah biasa keluar bekerja. Hehehe. Namun, kita boleh menghabiskan masa di rumah dengan melayan anak-anak serta keluarga tersayang sambil memasak untuk mereka.

Coffee Viral

Jadi hari ini saya ingin kongsikan satu resepi yang tengah hot dan viral di media sosial sekarang ni iaitu dalgona coffee yang juga menjadi trending di Korea. Kopi ala-ala hipster ni memang sedap rasanya seperti kopi yang kita minum di kedai dan restoran terkenal. Bahan-bahannya juga mudah sahaja. Kita cuma perlukan kopi segera, gula, air panas dan susu segar serta air batu. Tahap kemanisan kopi ni boleh di ubah mengikut citarasa sendiri dengan melebihkan atau mengurangkan gulanya. Ada juga yang menambahkan boba di dalam kopi ini untuk rasa yang lebih sedap. Malahan susu segar juga boleh digantikan dengan susu perisa strawberry atau susu coklat jika suka.

So, dalam waktu-waktu perintah kawalan pergerakan macam ni kita masih lagi boleh hidangkan kopi yang sedap dan lazat untuk keluarga kita dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah sahaja dan tak perlu untuk keluar membeli hanya segelas kopi. Okay, apa tunggu lagi jom kita cuba buat dalgona coffee yang menggoda jiwa ni! Selamat mencuba.

Saya ada sediakan video dalgona coffee kat atas ni. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk tengok cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru dan mudah yang memikat selera dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan dalgona coffee:

  • 2 sudu besar Kopi Segera
  • 2 sudu besar Gula
  • 2 sudu besar Air Panas
  • Air Batu
  • Susu Segar

Cara-cara untuk membuat dalgona coffee:

  1. Mula-mula kita masukkan kopi segera, gula dan air panas ke dalam mangkuk.
  2. Pukul kesemua bahan menggunakan mixer sehingga berbuih, gebu dan pekat. Ketepikan.
  3. Masukkan ketulan air batu ke dalam gelas dan tambahkan susu segar secukupnya.
  4. Kemudian, masukkan kopi yang telah dipukul tadi ke atas susu segar. Siap! Sedia untuk di minum.
Dalgona Coffee
Dalgona Coffee
Dalgona Coffee
Dalgona Coffee

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo