Ikan Bakar Dengan Air Asam Kerisik Yang Super Sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua. Bersua lagi kita di entri kali ini. Korang masak apa untuk lunch hari ni? Ayam, daging atau ikan? Hehe. Saya nak masak ikan sebab saya ada beli ikan siakap di pasar tani tempohari, tapi belum ada idea nak masak apa. Saya pun bertanyakan suami nak masak apa ikan siakap tu? Jadi suami saya bagi cadangan untuk buat ikan bakar dengan pencicah air asam je. Haa.. ok jugakan resepi tu simple dan mudah je. Hehe.

Jadi, hari ni saya nak kongsikan cara mudah untuk membuat ikan bakar bersama air asam kerisik yang istimewa dan super sedap. Air asam memang sedap untuk dibuat pencicah bersama ikan atau daging. Ianya boleh dikira sebagai pembuka selera seperti sambal belacan, cencalok dan sebagainya. Biasanya saya buat air asam tanpa kerisik tapi kali ini resepi air asam yang saya buat ni ada campuran belacan dan juga kerisik untuk menaikkan lagi kesedapan rasanya.

Bahan-bahan yang digunakan untuk air asam kerisik ni boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing. Kalau nak pedas boleh tambahkan lagi cili padi. Rasa masam, pedas, manis dan masinnya perlulah di seimbangkan supaya air asam ni jadi sedap. Selain ikan siakap, korang boleh gunakan ikan lain yang korang suka ikut selera masing-masing yea. Tak sangka pula pertama kali buat air asam kerisik ni sedap rupanya. Suami saya pun suka. Sampai bertambah suami saya makan nasi dengan ikan bakar dan pencicah air asam kerisik yang super sedap ni. Tak sia-sia idea yang dia bagi. Hehe. So, apa tunggu lagi. Jom kita masak!

Subscribe dan Follow

Eh, tapi sebelum korang cuba buat ikan bakar dan air asam kerisik ni better korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan boleh tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-bahan ikan bakar:

  • Ikan Siakap
  • Garam
  • Serbuk kunyit

Bahan-bahan air asam kerisik:

  • 1 biji Bawang Besar
  • 1 tangkai Cili Besar Merah
  • 7 biji Cili Padi Merah dan Hijau
  • 1 biji Tomato (dipotong dadu)
  • 1 cawan Air Asam Jawa
  • Belacan (lebih kurang 1cm)
  • Garam
  • Gula
  • 1/2 sb Kerisik

Cara-cara untuk membuat ikan bakar dan air asam kerisik:

  1. Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit sehingga rata.
  2. Bakar ikan sehingga masak. Ikan boleh di bakar menggunakan oven, dapur biasa atau dapur arang.
  3. Sementara itu boleh sediakan air asam kerisik. Hiris bawang besar, cili besar merah, cili padi dan tomato (dipotong dadu). Ketepikan.
  4. Masukkan air asam jawa ke dalam mangkuk kemudian tambahkan belacan, lenyek belacan dan kacau sehingga hancur dan sebati.
  5. Letakkan garam dan gula secukupnya sehingga dapat rasa yang sedap.
  6. Masukkan pula bahan-bahan yang telah dihiris tadi kacau rata kesemuanya.
  7. Akhir sekali, masukkan kerisik. Kacau sebati. Siap! Boleh dihidangkan bersama ikan bakar.
Ikan Bakar
Ikan Bakar
Ikan Bakar

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo