Telur Air Asam Viral Yang Sedap Dan Menyelerakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Bertemu lagi kita di entri kali ini. Hari ni saya nak cuba buat resepi telur air asam yang dikatakan menjadi viral di laman sosial baru-baru ni. Bila dah buat dan rasa resepi telur ni rupa-rupanya memang sedap dan menyelerakan. Lebih-lebih lagi di makan bersama nasi panas. Kebetulan pula saya ada masak lemak putih kobis bersama lobak merah untuk anak-anak. Memang kena sangat la dengan telur air asam ni, maka bertambah-tambah la saya dan suami makan nasi. Hahaha!

Untuk resepi ni, saya buat telur goreng dan juga telur rebus untuk dimakan bersama air asam. Korang boleh buat salah satu jenis telur atau boleh buat kedua-duanya sekali. Telur boleh dimasak separuh masak atau sepenuhnya terpulang kepada selera masing-masing.

Untuk resepi air asam ini korang boleh sesuaikan bahan-bahan dan rasanya mengikut selera dan citarasa masing-masing. Jika inginkan lebih pedas boleh lebihkan cilinya atau sebaliknya. Boleh juga tambahkan sedikit belacan jika suka. Air asam ini perlu la seimbang rasa masam, pedas, manis dan masinnya baru la sedap rasanya. Resepi air asam ni boleh juga dimakan bersama ikan bakar, ulam-ulaman dan sebagainya. Saya juga pernah kongsikan resepi air asam kerisik sebelum ini. Boleh tengok resepinya di sini. Okay tunggu apa lagi, jom kita buat telur air asam ni! Selamat mencuba.

Sebelum korang cuba buat resepi ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru kami dan boleh tengok video menarik, senang dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan telur air asam:

  • Telur
  • Bawang
  • Tomato
  • Cili Padi
  • Air Asam Jawa
  • Gula
  • Garam

Cara-cara untuk membuat telur air asam:

  1. Rebus telur sehingga masak. Kalau nak kuning telur yang cair rebus lebih kurang 5 hingga ke 6 minit dan kalau nak kuning telur yang keras rebus lebih kurang 9 hingga ke 10 minit. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian, goreng telur pula sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Potong dan hiris bawang besar, tomato dan cili padi.
  4. Bancuh air asam jawa secukupnya, kemudian tuang ke dalam mangkuk.
  5. Tambahkan gula dan garam. Kacau sehingga larut.
  6. Masukkan bahan-bahan yang telah di potong tadi dan gaul sebati.
  7. Tuang dan hidangkan air asam bersama telur telah di goreng dan di rebus tadi. Siap!
Telur Air Asam
Telur Air Asam
Telur Air Asam
Telur Air Asam

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo