Kuih Onde Onde/Buah Melaka/Kue Klepon Sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Hari ni saya nak kongsikan satu resepi kuih traditional. Kuih yang sinonim dengan bulan puasa iaitu onde-onde atau juga dikenali juga dengan nama kuih buah melaka. Teringat dulu ketika di kampung kuih ni memang selalu emak saya buat waktu bulan puasa atau waktu minum petang. Kami adik beradik selalu tolong emak untuk membuat dan menggentel kuih ni. Seronok sangat waktu tu semua akan berebut-rebut makan kuih onde-onde ni bila dah masak. Tapi kena hati-hati makan kuih ni tau sebab kalau baru lepas masak gula di dalamnya masih panas takut melecur pula mulut nanti. Hehehe.

Kuih ini sangat mudah untuk dibuat. Satu adunan ni dapat lebih kurang 40 biji kuih bersaiz kecil. Saya lebih suka buat kecil-kecil supaya mudah untuk dimakan. Kuih onde-onde ini ada yang buat warna hijau atau boleh juga dibiarkan putih tanpa warna. Namun sekarang kuih ni ada juga dibuat dengan menggunakan pelbagai warna supaya nampak lebih menarik. Terpulang la kepada citarasa dan selera masing-masing untuk meletak pewarna apa yang disukai. Kalau saya sendiri lebih suka warna hijau dengan bau pandan kerana lebih wangi. Hehehe.

Kelapa parut untuk salutan di luar kuih ini boleh juga jika tidak suka dikukus. Saya lebih suka kukus sebab lebih terasa lemaknya dan kelapa akan tahan lebih lama dan tidak cepat basi. Pastikan kelapa diambil bahagian putih sahaja. Lebih sedap kalau ada kelapa muda. Untuk gula di dalamnya pula, boleh gunakan gula melaka atau gula kabung. Selain kuih buah melaka macam ni, korang boleh juga cuba kuih buah melaka kukus. Cara buat kuihnya sama je. Cuma bezanya ia dikukus bersama santan. Pada selera saya, buah melaka kukus ni lagi sedap sebab rasa berlemak santan tu. ? Okay apa tunggu lagi. Jom kita buat kuih onde-onde ni!

Jom like dan subscribe

Tapi sebelum korang cuba buat kuih onde-onde atau kuih buah melaka ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan boleh tengok video menarik dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan kuih onde-onde atau kuih buah melaka:

  • 2 Cawan Tepung Pulut
  • 2 Sudu Besar Tepung Gandum
  • 200 ml Jus/Air Pandan (atau secukupnya)
  • Pewarna Makanan Hijau
  • Gula Melaka / Gula Kabung
  • 1 Cawan Kelapa Parut
  • 1/2 sudu kecil Garam

Cara-cara membuat kuih onde-onde atau kuih buah melaka:

  1. Campurkan tepung pulut dan tepung gandum ke dalam mangkuk.
  2. Tambahkan jus/air pandan serta pewarna makanan hijau dan uli tepung sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Ambil sedikit adunan dan letakkan gula melaka atau gula kabung yang telah di potong kecil-kecil di dalamnya dan bentukkan menjadi bulat.
  4. Ulang cara di atas sehingga kesemua tepung habis.
  5. Selepas itu, campurkan kelapa parut dengan garam. Gaul sebati dan kukus selama 5 minit. Angkat dan ketepikan.
  6. Didihkan air di dalam periuk, rebus kuih tadi sehingga kuih masak.
  7. Kuih ini akan timbul apabila sudah masak dan boleh di angkat.
  8. Akhir sekali, salutkan kuih dengan kelapa parut yang telah dikukus tadi. Siap! Boleh dihidangkan.
Kuih Onde Onde
Kuih Onde Onde
Kuih Onde Onde
Kuih Onde Onde

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo