Kek Marble Lembap, Lembut Dan Gebu Guna Coklat Compound

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Apa khabar? Hari ini saya nak kongsikan cara membuat kek marble yang sangat sedap, lembab, lembut dan gebu. Kek marble yang saya buat kali ni special sikit sebab layer coklatnya saya gunakan coklat compound. Rasa kek yang menggunakan coklat compound ni lebih sedap berbanding jika mengguakan serbuk koko yang biasa.

kek marble moist
Jom tengok cara buat pada video ini

Ada beberapa kek marble yang pernah saya kongsikan sebelum ini. Dalam resepi ini saya menggunakan coklat masakan gelap jenama beryl’s. Korang boleh gunakan apa-apa jenama coklat compound yang korang suka seperti callebaut, van houten dan sebagainya. Untuk mendapatkan hasil yang sedap sudah tentulah korang kena pilih coklat yang terbaik. Dalam resepi ini saya menggunakan tepung naik sendiri, jika tiada, korang boleh gantikan dengan tepung gandum yang di ayak bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat.

Untuk memastikan kek ini kekal lembab susu segar adalah wajib dimasukkan ke dalam adunan kek marble ini. Jika tiada susu segar boleh gantikan dengan susu cair. Mentega juga memainkan peranan penting untuk menghasilkan kek yang sedap. So, kalau korang nak kek ni jadi lebih sedap, korang boleh gunakan mentega asli. Baru la dapat rasa yang premium dan mewah macam kat cafe hipster yang mahal-mahal tu. Hehehe. Pastikan korang putar mentega dan gula sehingga bertukar menjadi putih dan gebu sebelum masukkan bahan lain untuk mendapatkan hasil kek yang lembut dan gebu selepas di bakar. So, apa tunggu lagi, jom kita buat kek marble ni. Selamat mencuba!

Sebelum korang cuba buat resepi kek marble ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni supaya senang faham cara penyediaan dan cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dari kami dan boleh tengok video masakan yang menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan kek marble:

  • 100 gram Coklat Masakan Gelap
  • 125 gram Gula (1/2 Cawan + 2 Sudu Besar)
  • 125 gram Mentega
  • 2 Biji Telur
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • 155 gram Tepung Naik Sendiri (1 1/4 Cawan)
  • 80 ml Susu Segar (1/3 Cawan)

Cara-cara untuk membuat kek marble:

  1. Cairkan coklat masakan secara double boiler. Angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan gula dan mentega ke dalam mixer dan pukul sehingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul sehingga telur sebati.
  4. Tambahkan esen vanila dan pukul lagi.
  5. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit di selang seli dengan susu segar sehingga habis. Pastikan pukul dengan perlahan sahaja.
  6. Asingkan separuh adunan dan campurkan dengan coklat masakan tadi dan gaul rata.
  7. Sediakan loyang 4×8 inci yang telah disapu dengan mentega dan alaskan dengan kertas pembakar (baking paper).
  8. Masukkan adunan coklat dan adunan putih ke dalam loyang secara berselang seli sehingga habis.
  9. Bakar pada suhu 160°C selama 40 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo