Resepi Tradisi Kuih Talam | Tepung Talam Emak Saya Yang Menggunakan Sukatan Cawan

Assalamualaikum. Dalam entri kali ini saya nak kongsikan dengan korang satu lagi resepi kuih tradisional iaitu kuih talam yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas bak kata orang tua-tua dahulu. Kuih talam ini kuih tradisi melayu yang menjadi kegemaran setiap lapisan masyarakat. Saya dan keluarga juga amat menggemari kuih talam ini. Resepi kuih talam ni ialah resepi yang dikongsikan oleh emak saya. Resepi ini adalah resepi kuih talam yang emak saya gunakan untuk dia meniaga dari dahulu sampailah sekarang. Resepi kuih talam turun temurun yang di ajar oleh nenek saya kepada emak saya dan kini, saya pula kongsikan resepinya kepada korang semua. Hehehe.

kuih talam

Kebanyakkan resepi kuih talam yang lain menggunakan tepung beras. Tapi resepi emak saya ni cuma menggunakan tepung gandum sahaja. Ianya lebih mudah. Saya lebih sukakan kuih talam yang berkepala lembik bergoyang-goyang seperti dalam resepi ni. Baru la ada umppphh bila nak makan! Hahaha. Kalau nak kepala yang lebih keras, boleh lebihkan tepung gandumnya. Pastikan korang menggunakan santan segar yang pekat bagi mendapatkan hasil yang sedap untuk kepalanya. Untuk lapisan bawahnya pula biasanya emak saya akan menggunakan gula kabung kerana rasanya lebih lemak dan sedap berbanding gula melaka atau gula merah. Jika tiada, boleh saja gantikan dengan gula melaka atau gula merah.

Oh yea, sebelum saya terlupa saya nak pesan pada korang semua supaya tidak terlebih masak lapisan atas iaitu lapisan santannya. Masa saya sibuk merakam video ni, saya pun terleka dan menyebabkan adunan santan terlebih masak. Jika terlebih masak, hasilnya jadi tidak cantik dan merekah selepas di kukus macam yang saya buat tu. Hehehe. Rupanya kurang cantik, namun rasanya sangat sedap. Okaylah, kalau korang nak rasa kesedapan kuih talam tradisi emak saya ni korang boleh la cuba buat sendiri yea. Selamat mencuba!.

Eh, tapi sebelum korang cuba buat kuih talam ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham penyediaan dan cara membuat kuih ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan boleh tengok video menarik, senang dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami yea.

Kepada yang tak ada sukatan cawan boleh rujuk jadual ni https://buatoranglapo.com/cawan-gram

Bahan-Bahan Kuih Talam:

Bahagian Bawah

  • 3/4 Cawan Gula Kabung @ Gula Melaka
  • 1/4 Cawan Gula Putih
  • 1 Cawan Air
  • 1 1/2 Cawan Tepung Gandum
  • 1 1/2 Cawan Air

Bahagian Atas

  • 2 Cawan Santan Pekat
  • 3 Sudu Besar Tepung Gandum
  • 1 Sudu Kecil Garam

Cara-Cara Untuk Membuat Kuih Talam:

  1. Masak gula kabung @ gula melaka, gula putih dengan air sehingga gula larut. Angkat dan biarkan gula sejuk sepenuhnya.
  2. Apabila gula telah sejuk, campurkan dengan tepung gandum dan air kacau sehingga sebati dan tepung larut.
  3. Masak adunan gula ini di atas dapur sehingga naik wap sahaja.
  4. Sediakan loyang yang telah disapukan dengan minyak masak dan dilapik dengan plastik supaya kuih tidak melekat.
  5. Tapis adunan gula dan tuang ke dalam loyang.
  6. Panaskan pengukus dan kukus adunan selama 20 minit menggunakan api yang besar.
  7. Sementara itu sediakan lapisan santannya. Campurkan santan, tepung gandum dan garam. Kacau sehingga sebati.
  8. Tapis adunan santan dan masak di atas dapur sehingga naik wap sahaja.
  9. Masukkan adunan santan ke dalam loyang tadi dan kukus lagi selama 30 minit atau sehingga masak. Siap!

Nota:

  • Pastikan penutup kukus di balut dengan kain supaya air kukusan tidak menitis ke atas kuih talam.
  • Sejukkan dahulu kuih talam ini sepenuhnya sebelum dipotong untuk menghasilkan potongan yang cantik.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo