Resepi Roti Jala Tanpa Telur Kelembutan Berpanjangan Walaupun Telah Semalaman

Assalamualaikum. Hi semua. Menu yang saya nak kongsikan hari ni ialah resepi roti jala tanpa telur. Roti jala adalah antara menu kegemaran rakyat Malaysia. Saya dan keluarga juga amat menggemari roti jala. Teringat dulu-dulu semasa kecik emak saya selalu buat roti jala ni untuk kami. Namun, pada masa dahulu acuan roti jala ini berbentuk bulat seperti kon yang ada muncung berlubang di bawahnya. Acuan dahulu lebih susah untuk digunakan kerana adunannya mudah tumpah jika tidak pandai untuk menggunakannya. Berbeza dari acuan sekarang berbentuk botol yang mempunyai muncung berlubang di depannya lebih senang untuk digunakan dan tidak mudah tumpah ketika membuat roti jala. Jika dahulu, roti jala ini hanya berwarna kuning sahaja, namun sekarang roti jala ini lebih banyak warna dan variasi dan bentuk jalaan serta lipatannya juga ada bermacam-macam jenis dan cara. Malahan roti jala zaman sekarang ada juga yang berperisa coklat! Maklum la dah modenkan. Hehehe.

roti jala
Tengok video ini untuk panduan dan cara untuk menghasilkannya

Resepi roti jala yang saya kongsikan kali ini saya tidak menggunakan telur. Telur dalam roti jala berfungsi untuk melembutkan roti jala. Tapi dalam resepi kali ni, saya gantikan telur dengan susu segar atau susu cair. Hasilnya, walaupun roti dibiarkan semalaman, ia tetap lembut macam baru dimasak. Roti jala juga lebih sedap dan tidak berbau hanyir telur apabila telah sejuk.

Resepi roti jala ini juga sedap dicicah bersama dengan kari ayam. Boleh tengok resepi Kari Ayam Power Mak Mertua saya yang pernah saya kongsikan sebelum ini. Namun, ada juga sesetengah orang yang suka makan roti jala ini dengan kuah manis seperti serawa durian atau sekaya. Jadi terpulang pada selera dan citarasa masing-masing samada nak makan jenis kuah yang masin atau manis. Bagi saya, saya lebih suka makan dengan kuah kari ayam atau kari daging. Hehehe. So, jangan lupa cuba resepi roti jala tanpa telur ini untuk juadah berbuka puasa nanti ya! Selamat mencuba.

Kalau korang nak senang faham cara penyediaan dan cara membuat roti jala tanpa telur ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dari kami dan tengok video yang menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan roti jala tanpa telur:

  • 2 1/2 Cawan Tepung Gandum
  • 2 Cawan Air
  • 1 Cawan Susu Segar @ Susu Cair
  • 1 Sudu Besar Minyak
  • 1 Sudu Kecil Garam
  • Pewarna Makanan Hijau
  • Serbuk Kunyit (Sebagai pewarna makanan)

Cara-Cara Untuk Membuat Roti Jala:

  1. Campurkan tepung dan air. Kacau hingga rata dan sebati.
  2. Tambahkan susu segar, minyak masak serta garam dan kacau lagi hingga sebati.
  3. Tapiskan adunan supaya adunan tidak berketul-ketul dan bahagikan kepada 2 bahagian.
  4. Masukkan pewarna makanan hijau pada 1 bahagian adunan dan masukkan pula serbuk kunyit pada 1 lagi bahagian adunan. Kacau rata.
  5. Masukkan adunan ke dalam botol roti jala.
  6. Panaskan kuali dan sapukan kuali dengan sedikit minyak.
  7. Jalakan adunan tadi di dalam kuali menggunakan api yang kecil supaya roti jala tidak cepat garing.
  8. Apabila telah kekuningan dan masak, boleh lipat dan terus angkat roti jala (tak perlu terbalikkan). Ulang proses menjala sehingga adunan habis. Siap!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo