Agar-Agar Koktel Kastard Aiskrim Sedap Dan Nyaman

Assalamualaikum semua. Bertemu lagi kita di entri kali ini. Dalam entri ini saya nak kongsikan satu lagi hidangan dessert atau pencuci mulut yang paling senang untuk di buat dan rasanya yang sangat sedap untuk di nikmati iaitu agar-agar koktel kastard aiskrim. Ditambah pula dengan lemak dari susu cair dan aiskrim yang dicampur sekali ke dalam agar-agar ni menjadikan agar-agar koktel ini cukup lazat dan nyaman serta menyejukkan tekak apabila dimakan. Hehehe.

Ada pelbagai cara dan bahan untuk membuat agar-agar koktel kastard. Sebelum ini saya pernah kongsikan resepi agar-agar koktel biasa. Tapi kali ni saya menambahkan aiskrim vanila ke dalam agar-agar koktel ini supaya rasanya lebih sedap berbanding agar-agar koktel biasa. Untuk aiskrim korang boleh lebihkan kalau nak rasanya lebih kuat. Dalam resepi ini saya menggunakan buah-buahan koktel di dalam tin. Korang boleh juga menggunakan buah-buah segar seperti strawberi, mangga, anggur, kiwi yang di potong kecil-kecil untuk menggantikan buah-buahan koktel mengikut selera dan kegemaran masing-masing. Jika suka, boleh juga tambahkan laici di dalam tin supaya rasa agar-agar ini menjadi lebih sedap.

Sejukkan agar-agar sehingga betul-betul keras sebelum dipotong. Agar-agar koktel ini sesuai dihidang semasa sejuk dan boleh dimakan bersama susu cair serta aiskrim sebagai pelengkap rasanya. So, korang boleh cuba buat dessert yang mudah ini untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Selain itu, saya juga pernah kongsikan resepi puding koktel berkuah yang sedap ni. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video agar-agar koktel kastard aiskrim kat atas ni. Korang boleh layan dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk tengok cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, mudah serta sedap dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan agar-agar koktel kastard aiskrim:

  • 1 Tin @ 400 ml Susu Cair
  • 2 Sudu Besar Tepung Kastard
  • 2 Cawan @ 500 ml Air
  • 1 Cawan @ 250 ml Air Koktel
  • 10 gram @ 1 Paket Serbuk Agar-Agar
  • 1/2 Cawan @ 100 gram Gula
  • 5 Sudu Besar Aiskrim Vanila
  • 1/2 Tin Buah Koktel
  • Susu Cair

Cara-cara untuk membuat agar-agar koktel kastard aiskrim:

  1. Campurkan susu cair dan tepung kastard kacau sehingga larut. Ketepikan.
  2. Masak serbuk agar-agar dengan air dan air koktel sehingga agar-agar larut.
  3. Tambahkan gula dan masak lagi sehingga gula hancur.
  4. Kemudian, masukkan susu cair dan tepung kastard tadi. Kacau sehingga agar-agar menjadi pekat.
  5. Akhir sekali, masukkan aiskrim vanila dan buah koktel. Kacau rata.
  6. Tuangkan di dalam acuan pilihan masing-masing.
  7. Sejukkan di dalam peti ais sehingga agar-agar menjadi pejal dan keras. Sedia untuk dihidangkan.

agar-agar koktel kastard
agar-agar koktel kastard
agar-agar koktel kastard
agar-agar koktel kastard

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo