Biskut Semperit Susu Yang Cair Di Mulut Dan Menjadi Kegemaran Semua

Hi semua assalamualaikum. Dalam entri kali ini saya akan kongsikan resepi biskut semperit susu yang rangup bila digigit dan cair dimulut. Biskut semperit susu ni memang biskut yang wajib ada di setiap rumah ketika Syawal menjelma. Teringat dulu masa kecil emak saya ada menerima tempahan dan menjual biskut ni. Biskut ni antara salah satu biskut yang menjadi kegemaran para pelanggan emak saya. Tapi emak saya panggil biskut ini biskut bunga cina sebab emak saya tidak campurkan tepung kastard di dalam resepinya, hanya menggunakan tepung jagung sahaja. Mungkin sebab warnanya yang putih sahaja, jadi dia panggil biskut bunga cina. Hehe. Ada juga yang memanggil dengan nama biskut dahlia. Saya juga pernah kongsikan resepi biskut dahlia/biskut semperit yang tidak menggunakan susu di sini ___ sebelum ini. Namun seingat saya dahulu, biskut semperit ni hanya ada satu warna sahaja iaitu warna kuning asli dari tepung kastard, tapi sekarang dah banyak warna biskut ni malahan dah macam warna unicorn pon ada. Macam warna yang saya buat ni lah!! Hahaha.. Maklum la dah modenkan jadi boleh la pelbagaikan warnanya baru nampak menarikkan. Hehe.

biskut semperit susu
Tengok video ini untuk cara mudah menghasilkan Biskut Semperit Susu

Biskut semperit susu ni antara biskut yang paling mudah dan senang untuk dibuat kerana bahannya tidak banyak. Dalam resepi ni saya hanya menggunakan 2 jenis tepung iaitu tepung jagung dan tepung kastard. Tepung jagung akan menjadikan biskut ni cair dimulut dan tepung kastard pula akan memberikan tekstur sedikit rangup untuk biskut ni. Kalau nak jenis cair dimulut je, boleh skip tepung kastard dan lebihkan tepung jagung 1/4 cawan. Pastikan doh ini lembut supaya senang untuk di terap. Jika doh agak keras boleh tambahkan sedikit mentega dan uli doh hingga sebati sekali lagi. Jika inginkan biskut yang bewarna boleh letak sedikit perwarna yang disukai di dalam doh dan uli sekata. Kemudian masukkan beberapa doh yang berwarna di dalam acuan dan terap seperti biasa. Bentuknya pula boleh dipelbagaikan mengikut citarasa dan kesesuaian serta acuan masing-masing. Hiasan untuk biskut ni pula saya gunakan coklat chip, korang boleh gantikan dengan ceri merah atau hijau ataupun boleh juga letakkan gula manik di atasnya. Pastikan korang cuba buat biskut semperit susu yang mudah ni okay. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video cara penyediaan biskut semperit kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk tengok cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, mudah dan menarik di situ dan jangan lupa juga untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Biskut Semperit:

  • 1 Cawan Susu Pekat Manis
  • 250 gram Mentega (Suhu Bilik)
  • 3 Cawan Tepung Jagung
  • ¼ Cawan Tepung Kastard

Hiasan:

  • Coklat Chip

Cara-Cara Untuk Membuat Biskut Semperit:

  1. Pukul susu dan mentega sehingga sebati sahaja. Tak perlu pukul sehingga kembang.
  2. Masukkan tepung jagung dan tepung kastard. Pukul lagi sehingga semuanya rata dan sebati hingga menjadi doh.
  3. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan yang disukai dan terap.
  4. Jika ingin biskut yang bewarna, bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan tambahkan sedikit pewarna makanan yang disukai dan uli sehingga sebati. Kemudian, masukkan ke dalam acuan dan terap seperti biasa.
  5. Hiaskan biskut dengan coklat chip.
  6. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar biskut pada suhu 160°C selama 20-25 minit atau sehingga kekuningan. Siap!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo