Ayam Popcorn Bersalut Emping Jagung Yang Rangup Di Luar Dan Juicy Di Dalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Hari ini saya nak kongsikan satu lagi resepi yang berasaskan ayam yang mudah dan senang iaitu ayam popcorn. Ayam popcorn ni memang sedap. Rasanya yang rangup di luar dan ‘juicy’ di dalam memang tak boleh nak berhenti bila memakannya. Anak-anak saya sangat teruja bila dapat makan ayam popcorn ni. Memang menjadi kudapan diaorang la sambil tengok televisyen. Sekejap je dah habis ayam popcorn yang saya goreng tu. Hehehe.

Resepi ayam popcorn ni ada pelbagai cara. Saya buat resepi yang paling simple cara saya supaya senang korang nak buat nanti. Hehe. Bahan asas yang perlu ada sudah tentulah ayam. Saya gunakan dada ayam dalam resepi ini, tapi jika takde dada ayam korang boleh je guna mana-mana bahagian ayam yang di potong dadu. Saya perapkan ayam dengan sedikit cuka. Cuka bertujuan untuk menjadikan ayam lebih ‘juicy’ dan kekal lembut selepas digoreng. Untuk tepung salutannya pula, saya campurkan dengan emping jagung yang di kisar halus untuk menjadikannya lebih rangup dan menambahkan kesedapannya. Jika ingin rasa yang pedas korang boleh tambahkan serbuk cili di dalam tepung salutannya.

Ayam popcorn ni sedap di makan semasa panas. Boleh di makan begitu sahaja atau di cicah dengan mayonis, cili sos atau kalau nak lagi sedap boleh juga di makan dengan sos keju. Tentu anak-anak akan menyukainya. Resepi ayam popcorn ni juga boleh digunakan untuk buat ayam pedas korea, ayam geprek, ayam masak cili kering dan sebagainya kalau korang sukakan masakan yang pedas. So, apa tunggu lagi, jom kita buat ayam popcorn ni!

Sebelum korang cuba buat resepi ayam popcorn ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru kami dan boleh tengok video menarik, senang dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan ayam popcorn:

Bahan perapan ayam:

  • 350 gram Ayam (Dipotong Dadu)
  • 2 Ulas Bawang Putih (Ditumbuk)
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Lada Hitam
  • 1 Sudu Kecil Garam
  • 1/2 Sudu Kecil Lada Sulah
  • 1/2 Sudu Besar Cuka
  • 1/2 Cawan Susu Segar

Bahan salutan ayam:

  • 2 Cawan Emping Jagung (Dikisar Halus)
  • 1/2 Cawan Tepung Jagung
  • 1/2 Cawan Tepung Gandum
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Penaik
  • Garam
  • 1 Biji Telur

Cara-cara untuk membuat ayam popcorn:

  1. Perap ayam dengan semua bahan perapan selama lebih kurang 1 jam.
  2. Kisar emping jagung sehingga halus dan campurkan dengan tepung jagung, tepung gandum, serbuk penaik dan garam secukup rasa. Kacau sehingga rata dan sebati.
  3. Kemudian, pukul telur sebentar dan celupkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam telur.
  4. Selepas itu, masukkan pula ayam ke dalam salutan tepung dan salut sehingga tepung rata pada ayam. Buat satu persatu supaya ayam tidak melekat antara satu sama lain.
  5. Jika inginkan salutan yang lebih tebal dan sedap, boleh ulang celup ayam ke dalam telur sekali lagi, selepas itu salut lagi dengan tepung.
  6. Akhir sekali, goreng ayam di dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan dan garing. Siap! Jom kita makan.

ayam popcorn
ayam popcorn
ayam popcorn

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo