Pajeri Terung Yang Sedap Dan Menambat Selera

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bertemu lagi kita di entri kali ini. Korang suka makan terung tak? Saya memang gemar makan terung termasuk la suami dan anak perempuan saya yang bongsu. Hehe. Biasanya saya masak terung berlada. Tapi hari ni saya nak kongsikan resepi pajeri terung kerana semua bahan-bahan untuk resepi ini ada di rumah dan suami juga minta saya masakkan pajeri terung untuk juadah tengahari kami hari ini.

Untuk resepi pajeri terung ni saya menggunakan rempah kari ikan. Jika tiada boleh juga tukarkan kepada kari ayam atau daging. Bagi yang suka rasa lebih pedas korang boleh tambahkan sedikit cili kisar semasa menumis. Bahan-bahan tumisan perlu ditumis sehingga garing untuk mendapatkan rasa yang sedap sebelum memasukan bahan-bahan lain. Untuk terung pula, saya terus masukkan ke dalam kuah tanpa menggoreng. Ada juga yang suka goreng terung dahulu sebelum masukkan ke dalam kuah, ini terpulang kepada selera dan citarasa masing-masing. Pejeri terung ni boleh dikeringkan kuahnya atau jika suka lebih kuah korang boleh lebihkan santannya. Pajeri terung juga perlu asa rasa sedikit manis untuk rasa yang lebih sedap.

Pejeri terung ni sesuai di makan bersama nasi putih atau nasi minyak. Korang juga boleh gunakan resepi ini untuk membuat pajeri nenas jika tidak suka makan terung. So, apa tunggu lagi. Jom kita buat pajeri terung yang menyelerakan ini. Selamat mencuba!

Kalau korang nak senang faham cara membuat pajeri terung ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dari kami dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan pajeri terung:

  • 2 biji Bawang Merah
  • 2 biji Bawang Putih
  • 1 sb Udang Kering
  • 2 biji Bunga Lawang
  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • 2 biji Buah Pelaga
  • 3 biji Bunga Cengkih
  • 3 sb Serbuk Kari (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 cawan Santan
  • 4 biji Terung Panjang
  • Sedikit Gula Kabung@Gula Melaka
  • Gula Putih
  • Garam
  • 1 sb Kerisik
  • Minyak masak

Cara-cara membuat pajeri terung:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, udang kering sehingga naik bau.
  2. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih.
  3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, tumis sehingga rempah garing dan pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan santan dan terung. Kacau rata.
  5. Masukkan gula kabung @ gula melaka, gula putih serta garam secukup rasa.
  6. Akhir sekali, tambahkan kerisik dan masak sehingga terung lembut dan kuah pekat. Siap!
pajeri terung
pajeri terung
pajeri terung

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo