Rendang Ayam Legend Resepi Emak Saya

Assalamualaikum. Hi semua. Apa khabar? Bertemu lagi kita di entri kali ini. Hari ni saya nak kongsikan resepi rendang ayam. Rendang ayam ni adalah antara salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Kalau dulu waktu saya di kampung memang agak susah nak dapat makan rendang kalau bukan pada musim perayaan atau majlis perkahwinan. Tapi sekarang rendang ayam dah banyak di jual di merata tempat malahan kalau pergi ke gerai-gerai yang menjual nasi lemak pun biasanya akan ada menjual rendang. Hehe.

Rendang Ayam

Terdapat pelbagai resepi dan cara memasak rendang ayam ni. Malah, rendang juga ada pelbagai rasa dan nama seperti rendang minang, rendang padang, rendang cili api, rendang hijau dan bermacam-macam lagi. Hehe. Yang pastinya rendang ayam yang saya nak kongsikan ni adalah resepi yang saya pelajari dari emak saya. Korang boleh sesuaikan semua bahan-bahan mengikut selera dan citarasa masing-masing. Resepi rendang ini juga sesuai untuk di masak dengan daging jika korang tak suka makan ayam.

Rendang ayam ni sedap di makan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi beriani, nasi impit, ketupat, lemang dan sebagainya. Rendang juga adalah merupakan antara meju wajib yang mesti ada di hari raya. Kalau takde rendang mesti tak lengkap rasanya makanan di hari rayakan? Betul tak? Hehe. So, korang boleh simpan resepi ni untuk di masak pada hari raya nanti yea. Selamat mencuba.

Saya ada sediakan video rendang ayam kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk tengok cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru yang mudah, sedap serta memikat selera dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan rendang ayam:

Bahan untuk di kisar:

  • 1/2 sudu kecil Jintan Manis
  • 1/2 sudu kecil Jintan Putih
  • 1/2 sudu kecil Ketumbar
  • 2 Biji Bawang Merah
  • 5 Ulas Bawang Putih
  • 2 Batang Serai
  • 10 Tangkai Cili Kering
  • 1 Inci Kunyit
  • 1 Inci Lengkuas
  • 1 Inci Halia
  • Air

Bahan lain:

  • Bunga Lawang
  • Buah Pelaga
  • Kulit Kayu Manis
  • 1/2 Ekor Ayam
  • 1/2 Cawan Santan
  • Garam
  • Gula Kabung@ Gula Melaka
  • Air Asam Jawa
  • 1 1/2 Sudu Besar Kerisi
  • Daun Kunyit (dihiris halus)

Cara-cara untuk membuat rendang ayam:

  1. Sangai atau goreng tanpa minyak jintan manis, jintan putih dan ketumbar.
  2. Kemudian kisar bahan yang disangai bersama-sama bahan kisar dengan sedikit air sehingga halus.
  3. Tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis serta bahan yang di kisar tadi sehingga garing.
  4. Masukkan ayam dan kacau sehingga air ayam agak kering.
  5. Kemudian masukkan santan, garam, gula kabung dan air asam jawa secukup rasa. Kacau kesemuanya sehingga sebati dan kuah menjadi pekat.
  6. Tambahkan kerisik dan gaul rata.
  7. Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit gaul rata dan siap! Sedia untuk di hidangkan.
Rendang Ayam
Rendang Ayam

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo