Masak Lemak Putih Pucuk Mulberi Yang Menyelerakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri kali ini saya nak kongsikan satu resepi yang simple tapi sedap iaitu masak lemak putih pucuk mulberi. Korang ada tanam pokok mulberi tak? Pokok mulberi ni selain buahnya boleh di makan pucuknya yang berwarna hijau muda boleh di masak dan dijadikan hidangan yang menyelerakan. Saya ada tanam pokok mulberi ni di depan rumah. Benih pokok mulberi ni saya dapat dari seorang sahabat baik saya di kampung. Pokok mulberi ni senang untuk hidup dan penjagaannya juga amat mudah. Buahnya pun sedap di makan apabila sudah masak akan menjadi warna ungu gelap dan rasanya manis. Buahnya juga boleh di buat jem atau jus.

Berbalik kepada resepi masak lemak putih pucuk mulberi tadi, saya menggunakan ikan kembung yang direbus dan di ambil isinya untuk di campur ke dalam kuahnya. Jika tiada ikan, memadai untuk letak ikan bilis ataupun udang kering yang ditumbuk halus. Namun, pada saya rasa kuah lemak putih ini lebih sedap jika menggunakan isi ikan yang rebus dan di tumbuk kasar. Hehehe. Selain itu untuk kuahnya sudah tentulah perlu menggunakan santan. Dalam resepi ini saya gunakan santan segar. Jika tiada, boleh gantikan dengan santan kotak. Jika ingin rasa pedas, boleh tambahkan beberapa biji cili padi yang ditumbuk semasa memasak kuahnya. Rasa pucuk mulberi ni lebih kurang macam pucuk labu apabila siap dimasak.

Pucuk mulberi yang hendak di masak perlulah di rebus sekejap supaya cepat lembut dan untuk menghilangkan getahnya. Tapi kalau korang tak nak rebus pun takpe, cuma perlu masak lama sedikit kerana daun pucuk mulberi ini agak kasar dan keras. Hidangan ini sesuai di makan bersama nasi putih. So, bagi korang yang ada pokok mulberi ni bolehlah cuba buat resepi ini! Selamat mencuba.

Facebook, Youtube dan Instagram

Kalau korang nak senang faham cara membuat masak lemak putih pucuk mulberi ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dari kami dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan masak lemak putih pucuk mulberi:

  • Pucuk Mulberi
  • 2 ekor ikan selayang/kembung (rebus ambil isinya)
  • 1 biji Bawang Merah
  • 3 cawan Santan
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
  • Gula
  • 1 biji Cili Besar Merah

Cara-cara untuk membuat masak lemak putih pucuk mulberi:

  1. Rebus pucuk mulberi sehingga lembut. Angkat dan ketepikan.
  2. Rebus ikan, angkat dan ambil isinya. Tumbuk kasar.
  3. Masukkan santan ke dalam kuali, bawang merah, isi ikan serta pucuk mulberi tadi.
  4. Akhir sekali, masukkan pula lada hitam, garam dan gula secukupnya serta cili merah. Siap!

masak lemak putih pucuk mulberi

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo