Nasi Hujan Panas Yang Lembut Dan Enak Rasanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Apa khabar? Hari ini saya nak kongsikan satu lagi resepi yang memikat selera iaitu nasi hujan panas. Kenapa orang panggil nasi hujan panas? Korang tahu ke? Mungkin sebab nasi ni bewarna-warni agaknya sebab tu dipanggil nasi hujan panas. Hehehe. Saya pun tak pasti kenapa diberi nama macam tu. Apapun namanya nasi ni memang enak, sedap dan menyelerakan.

Okay, jom kita belajar cara memasak nasi hujan panas ni. Sebenarnya nasi ni lebih kurang sama macam nasi minyak juga. Cuma beza nasi minyak dengan nasi hujan panas ni ianya ada pelbagai warna yang membuatkan nasi ni nampak lebih menarik. Dalam resepi ni saya cuma letak gajus dan juga kismis sahaja. Nak letak bahan lain pun boleh juga terpulang pada selera masing-masing. Saya menggunakan beras basmathi kerana rasanya lebih sedap dan lembut. Sukatan air pula bergantung kepada jenis beras yang korang gunakan. Boleh ditambah atau dikurangkan mengikut beras pilihan masing-masing kerana sukatan air berbeza bagi setiap beras. Ada juga beras yang perlu direndam terlebih dahulu. Jadi, masak nasi mengikut cadangan hidangan pada pack beras masing-masing yea.

Nasi ini sesuai di makan dengan ayam masak merah, kari atau kurma ayam dan daging, acar timun, acar berempah dan sebagainya. Di sini saya ada sediakan cadangan resepi dan beberapa jenis lauk yang korang boleh cuba untuk di hidangkan bersama nasi hujan panas ni. Ayam masak merah mudah, ayam masak merah madu, kurma ayam, kari ayam dan macam-macam lagi.

Saya ada sediakan video nasi hujan panas kat atas ni. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk tengok cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru dan mudah yang memikat selera dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan nasi hujan panas:

  • 2 Sudu besar Minyak Sapi
  • 2 Sudu besar Mentega
  • 1 Batang Kulit Kayu manis
  • 2 Buah Pelaga
  • 2 Bunga Lawang
  • 3 Cengkih
  • 3 Bawang Merah
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 2 Helai Daun Pandan
  • 1 Cawan @ 250 ml Susu Cair
  • 2 Cawan @ 500 ml Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • 20 gram Kacang Gajus
  • 20 gram Kismis
  • 2 Cawan @ 420 gram Beras Basmathi
  • Pewarna Makanan

Cara-cara untuk membuat nasi hujan panas:

  1. Masukkan minyak sapi dan mentega ke dalam kuali.
  2. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan daun pandan tumis lagi sehingga naik bau.
  4. Kemudian, masukkan susu cair, air dan garam. Kacau rata dan tunggu sehingga mendidih.
  5. Tambahkan kacang gajus, kismis serta beras. Kacau rata.
  6. Pindahkan ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
  7. Apabila nasi masak, buat beberapa lubang pada nasi dan letakkan pewarna makanan yang di sukai.
  8. Masak semula nasi lebih kurang 5 minit.
  9. Selepas nasi masak, kacau nasi perlahan-lahan menggunakan garfu supaya nasi tidak mudah patah. Siap!.
nasi hujan panas
nasi hujan panas
nasi hujan panas
nasi hujan panas

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo