Tart Brownies Sedap Sangat.. Terbawa Dalam Mimpi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua. Hari ni saya nak kongsikan resepi pencuci mulut atau dessert yang sangat sedap iaitu tart brownies.  Rasa brownies yang lembut dan tart shell (kulit tart) yang rangup memang kombinasi yang sangat sesuai dan sedap. Suami saya pun memuji kesedapan dan keenakkan rasa tart brownies ni. Katanya, bila dah makan sampai  terbawa-bawa dalam mimpi. Hahaha. Dalam resepi ni saya kongsikan sekali cara untuk membuat tart shell yang rangup. Korang boleh buat awal tart shell ni dan simpan di dalam bekas kedap udara supaya senang nak gunakan nanti. Kalau simpan dalam peti ais pula boleh tahan sampai 2 hingga 3 minggu tau! Tart shell ni boleh juga digunakan untuk membuat fruit tart atau cheese tart yang pernah saya kongsikan sebelum.

Cara untuk membuat tart brownies ni lebih kurang sama dengan kek brownies. Cuma, tart brownies tidak menggunakan koko dan bahan penaik. Gula perang boleh digantikan dengan gula kastor biasa. Tepung gandum pula perlu diayak sebelum digunakan. Pastikan semua bahan berada pada suhu bilik. Untuk menghasilkan tart brownies yang betul-betul sedap,  gunakan coklat masakan yang berkualiti seperti berryl’s, callebaut, van houten dan sebagainya. Selain badam cincang untuk hiasan di atas brownies ni, korang boleh gantikan dengan coklat urai, walnut cincang atau coklat chip mengikut selera dan citarasa masing-masing. Peminat brownies wajib cuba resepi ni untuk merasai sendiri keenakkannya.. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video tart brownies kat atas ni. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk tengok cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru dan mudah yang memikat selera dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan Untuk Tart Brownies:

Bahan Untuk Tart Shell

  • 60 Gram Gula Aising
  • 120 Gram Mentega
  • 1 Sudu Teh Esen Vanila
  • 1 Kuning Telur
  • 250 Gram Tepung Gandum

Bahan Untuk Brownies

  • 300gm Coklat Masakan
  • 100 gram Mentega
  • 90 gram Gula Perang
  • 3 Biji Telur
  • 1 sudu teh Esen Vanila
  • 125 gram Tepung Gandum
  • Badam Cincang (untuk hiasan)

Cara-Cara Untuk Membuat Tart Brownies:

  1. Putar gula aising dan mentega sehingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan tepung gandum dan gaul rata sehingga menjadi doh.
  4. Ambil sedikit doh dan masukkan doh ke dalam acuan tart dan tekan untuk membentuk tart. Kemaskan lebihan doh ditepinya.
  5. Kemudian cucuk dengan garfu untuk mengeluarkan udara. Buat sehingga habis. Ketepikan dahulu.
  6. Seterusnya, sediakan browniesnya pula.
  7. Cairkan coklat masakan dan mentega menggunakan kaedah double boiler. Angkat dan ketepikan sebentar.
  8. Pukul gula perang, telur dan esen vanilla. Pukul sekejap sahaja tak perlu pukul sehingga kembang.
  9. Masukkan coklat yang telah dicairkan tadi. Kacau rata.
  10. Masukkan tepung gandum yang telah diayak dan kacau lagi sehingga sebati.
  11. Sudukan brownies (boleh juga masukkan dalam piping bag) ke dalam acuan tart tadi sehingga penuh.
  12. Bakar pada suhu 175°C selama 20 minit atau sehingga masak mengikut oven masing-masing. Siap!
tart brownies
Tart Brownies
Tart Brownies
Tart Brownies

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo