Udang Teriyaki Sedaappp Sangat Seperti Makan di Restoran Jepun

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hai semua. Apa khabar? Hari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi yang best untuk korang cuba iaitu udang teriyaki. Korang pernah makan tak udang teriyaki sebelum ni? Kalau belum pernah makan saya sarankan supaya korang cuba buat resepi ni sebab udang teriyaki yang halal ni tersaaaangatttlah sedap, percayalah! seperti terasa makan di restoran Jepun. Hehe.

Teriyaki adalah cara memasak makanan Jepun yang dipanaskan atau dipanggang di atas kuali besi yang rata untuk memanggang dengan menggunakan sos teriyaki. Sos teriyaki pula diperbuat daripada kicap, sake dan gula. Biasanya sos ini tidak halal. Tetapi dalam resepi ni, saya olah sedikit resepinya supaya bersesuaian dengan selera dan menggunakan bahan-bahan yang halal sahaja.

Ada pelbagai cara untuk membuat teriyaki ni. Saya kongsikan cara yang mudah supaya senang untuk korang nak buat nanti. Bagi yang tak boleh dan tak suka makan udang, boleh gantikan dengan ayam atau daging ikut selera masing-masing. Untuk sayurnya pula boleh juga ditambah seperti lobak merah, baby corn, bunga kobis atau sebagainya. Udang teriyaki ni sesuai di makan semasa panas-panas bersama nasi putih. Selamat mencuba.

Selain resepi udang teriyaki ni, ada pelbagai resepi udang yang lain pernah saya kongsikan. Antara yang menjadi kegemaran saya ialah udang butter cereal dan udang goreng butter dengan sarang telur. Kalau korang nak cuba sesuatu yang baru, boleh cuba resepi udang mayonis ni. Rasanya pedas manis. Memang sedap!!

Kalau korang nak senang faham cara membuat udang teriyaki ni, korang boleh tengok video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-bahan udang teriyaki:

  • 2 sudu kecil Halia
  • 2 sudu kecil Bawang Putih (di cincang)
  • 2 sudu besar Gula Perang
  • 1/2 cawan Air
  • 1/4 cawan Kicap Manis
  • 1 sudu besar Madu
  • 1 sudu kecil Minyak Bijan
  • 1 Sudu Besar Tepung Jagung
  • 250gm Udang
  • Brokoli
  • Capsicum / Bell Pepper
  • Lada Sulah
  • Garam

Bahan hiasan:

  • Daun Bawang
  • Emping Cili

Cara-cara untuk membuat udang teriyaki:

  1. Masukkan halia, bawang putih, gula perang, air, kicap manis, madu, minyak bijan dan tepung jagung ke dalam periuk. Jangan buka api dahulu. Kacau kesemuanya sehingga tepung jagung larut.
  2. Kemudian baru letak di atas dapur dan masak dengan api sederhana sambil kacau sehingga sos menjadi likat.
  3. Ambil udang (dibersihkan dan dibuang kulitnya terlebih dahulu) dan tuang sedikit sos ke atas udang dan gaul sehingga sebati. Perap udang selama 10 minit.
  4. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak masukkan brokoli, capcicum dan udang tadi, kacau sebentar.
  5. Selepas itu, tuang kesemua lebihan sos dan masukkan lada sulah serta garam secukup rasa.
  6. Goreng sehingga udang masak dan sos menjadi pekat.
  7. Angkat dan taburkan daun bawang dan emping cili sebagai hiasan. Siap! Boleh hidangkan.
udang teriyaki
udang teriyaki
udang teriyaki

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo