Kepingan Ayam Rangup Nestum Rugi Kalau Tak Cuba!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Untuk perkongsian resepi kali ini saya nak buat satu lagi resepi sihat iaitu kepingan ayam rangup nestum. Resepi ni sangat best dan sedap. Yang paling penting ianya rangup dengan salutan nestum di luarnya dan sudah tentu la menjadi kegemaran anak-anak, termasuk la anak-anak saya. Hehehe. Kepingan ayam nestum ni juga adalah antara pilihan menu sihat untuk keluarga berbanding makanan sedia ada yang dijual dikedai-kedai dan pasaraya di luar sana yang mungkin menggunakan bahan perasa yang berlebihan. Jika korang buat sendiri resepi ni korang boleh mengawal banyak mana bahan-bahan yang akan korang campurkan di dalamnya. Cara penyediaannya juga tidak terlalu rumit dan bahan-bahannya pula mudah didapati. Boleh ajak anak-anak kita tolong buat sekali resepi ni. Mesti mereka seronok kalau sesekali dapat masak makanan yang mereka gemarikan. Hehehe..

Resepi ni sangat mudah untuk dibuat. Saya guna bahagian dada ayam tanpa kulit dan tulang. Saya potong memanjang seperti strip supaya lebih menarik dan mudah untuk anak-anak makan nanti. Hehe.. Dalam resepi ni saya gunakan buttermilk. Jika tiada buttermilk boleh juga tukarkan kepada yogurt. Tujuannya supaya ayam lebih lembut dan juicy selepas digoreng. Bahan perapan untuk ayam boleh ditambahkan dengan pelbagai bahan lain seperti serbuk paprika, serbuk cili, serbuk halia, serbuk kari dan sebagainya. Jika ingin lebih pedas, lebihkan serbuk cili. Salutan nestum pula boleh dikisar atau di salut begitu sahaja. Saya lebih suka jika nestum tidak dikisar kerana akan lebih terasa rangupnya. Boleh tambahkan kepingan cili jika ingin rasa pedas.

Kepingan ayam rangup ni sesuai dijadikan snek serta kudapan anak-anak. Boleh juga dijadikan idea untuk bekal anak-anak ke sekolah. Ianya sedap di makan begitu sahaja dan boleh juga dimakan bersama mayonis dan sos pilihan hati. Saya goreng ayam ni dengan menggunakan air fryer supaya tidak berminyak dan lebih sihat untuk dinikmati. Tapi kalau korang takde air fryer boleh bakar ayam ni dalam oven atau goreng je la ayam ni dengan minyak macam biasa. Hehehe.. Jadi pada sesiapa nak cuba resepi kepingan ayam rangup nestum ni boleh la tengok resepi selengkapnya di bawah ni yea. So, apa tunggu lagi. Jom kita cuba!!

Sebelum korang nak cuba buat resepi kepingan ayam rangup ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan jangan ketinggalan untuk lihat video yang menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Kepingan Ayam Rangup Nestum:

Bahan Untuk Perapan Ayam:

  • 1/4 Cawan Susu Segar Rendah Lemak
  • 1/2 Sudu Besar Cuka
  • 250 Gram Kepingan Dada Ayam
  • 1/2 Sudu Kecil Garam
  • 1 Sudu Kecil Herba Campuran
  • 1/2 Sudu Kecil Serbuk Lada Sulah
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Lada Hitam
  • 1 Sudu Besar Bawang Putih

Bahan Untuk Salutan Ayam:

  • 1 Cawan Nestum Nestle
  • 1/2 Sudu Kecil Serbuk Lada Hitam
  • 1-2 Sudu Kecil Daun Parsli Kering
  • 1 Biji Telur

Cara-Cara Untuk Membuat Kepingan Ayam Rangup Nestum:

  1. Mula-mula sediakan buttermilk dahulu. Campurkan susu segar dengan cuka dan kacau rata. Perap selama 10 hingga 15 minit supaya susu menjadi pekat dan sedikit berketul-ketul.
  2. Masukkan kepingan ayam ke dalam mangkuk dan campurkan dengan buttermilk yang diperap tadi serta garam, herba campuran, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan bawang putih. Gaul rata semuanya sehingga sebati. Perap lebih kurang 1 jam atau boleh perap lebih lama.
  3. Sementara itu, sediakan pula salutan untuk ayam.
  4. Masukkan nestum, serbuk lada hitam dan daun parsli kering. Gaul rata kesemuanya.
  5. Pukul telur seketika tak perlu sampai kembang.
  6. Ambil kepingan ayam yang telah diperap tadi celup ke dalam telur dan salutkan dengan nestum tadi sehingga rata.
  7. Susun di dalam tray dan goreng menggunakan air fryer pada suhu 200°C selama 10 minit. Selepas 5 minit terbalikkan ayam dan sambung goreng sehingga ayam masak sepenuhnya. Siap! Sedia untuk di makan.

Nota:

  • Untuk mendapatkan salutan nestum yang lebih tebal boleh ulang proses celup ayam dalam telur dan nestum dua atau tiga kali sehingga berpuas hati dengan ketebalannya.
Kepingan Ayam Rangup Nestum
Kepingan Ayam Rangup Nestum
Kepingan Ayam Rangup Nestum

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo