Kuih Bom Resepi Emak Saya (Teknik dan Tips)

Hi semua. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan satu resepi istimewa dari emak saya iaitu kuih bom. Kuih bom ni adalah resepi turun temurun yang emak saya pelajari dari arwah moyang saya. Kuih bom ni juga adalah salah satu kuih yang paling laris di gerai emak saya. Memang ada peminatnya yang tersendiri yang suka makan kuih ni di gerai emak saya. Walaupun bahan dan cara penyediaannya nampak simple dan senang, tapi bukan calang-calang orang boleh menghasilkan kuih bom yang sedap, elok, cantik, bulat serta garing diluar dan lembut di dalam macam mak saya buat ni tau! Sebab kalau tak tahu tips dan teknik yang betul, biasanya sesiapa yang pernah buat kuih bom ni mesti akan fail. Lebih-lebih lagi bila part nak buat dan bagi kuih ni nampak betul-betul bulat dan cantik kejadiannya. Saya sendiri pun mula-mula fail buat kuih ni. Tapi bila dah tau cara dan tips yang emak saya ajar dan setelah cuba beberapakali, baru la saya pandai buat kuih ni. Hehehe.

Resepi kuih bom ni memang mudah je dan bahannya pun tak banyak. Cuma perlukan sedikit kesabaran kerana adunan kuih ni perlu diperap dahulu sebelum digoreng. Adunan kuih ni perlu diperap lama sehingga naik sekali ganda. Cadangan saya jika korang ingin makan kuih ni pada waktu petang, boleh bancuh dahulu adunannya waktu pagi dan perap, kemudian boleh la digoreng pada waktu petangnya. Tips untuk mendapatkan kuih yang cukup garing diluar ialah gula perlu letak ikut sukatan yang betul. Jangan kurangkan gula kerana gula ini la yang akan menjadikan bahagian luar kuih bom ini garing dan rangup. Tips untuk mendapatkan kuih bom yang lembut pula ialah dengan menambahkan sedikit marjerin atau mentega di dalam adunan tepung. Pastikan yis yang hendak digunakan elok supaya kuih akan naik selepas di perap. Minyak untuk menggoreng kuih ni perlu la banyak supaya kuih boleh terapung dan minyak perlu panas sebelum menggoreng kuih. Semasa menggoreng kuih ni pastikan korang letakkan adunan tepung yang dibulat-bulatkan penuh di dalam kuali supaya kuih ni senang untuk diterbalikkan. Kuih bom legend emak saya ni bukan sahaja menjadi kememaran para pelanggannya di gerai, namun kami sekeluarga memang sangat suka makan kuih ni lebih-lebih lagi jika dihidangkan semasa panas-panas. Memang tiada tandingan dan nikmat tak terkata! Hehe. Kuih ni sesuai dijadikan untuk hidangan sarapan pagi atau minum petang. Jadi, kalau korang nak cuba hasilkan kuih yang sedap dan pasti menjadi, korang wajib cuba resepi ni. Hehe… Selamat mencuba!

Kat atas ni saya ada sediakan video cara untuk membuat kuih bom dan yang paling penting emak saya akan tunjukkan teknik dan cara yang betul untuk mendapatkan kuih bom yang bulat dan cantik dalam video tersebut. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham teknik dan tips penyediaannya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi terbaru yang mudah untuk dicuba serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Kuih Bom:

  • 1 Cawan Air
  • 1 Sudu Kecil Yis
  • 1/2 Cawan Gula
  • 1 Sudu Besar Marjerin
  • 2 1/2 Cawan Tepung Gandum
  • Minyak Untuk Menggoreng

Cara-Cara Untuk Membuat Kuih Bom.

  1. Masukkan air, yis, gula dan marjerin ke dalam mangkuk. Kacau sebentar.
  2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
  3. Tutup adunan dan perap lebih kurang 5 hingga 6 jam atau semalaman.
  4. Panaskan minyak, ambil sedikit adunan yang telah diperap tadi dan bulatkan adunan menggunakan tangan (boleh rujuk video) dan goreng kuih sehingga kuning keperangan atau sehingga garing.
  5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Siap!
kuih bom

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo