Skip to content

Month: October 2019

Biskut Coklat berinti Nutella Sukatan Cawan dan Gram

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan cara untuk membuat biskut coklat berinti nutella yang paling sedap. Nutella boleh digantikan dengan pelbagai jenis inti seperti sapuan hazelnut, peanut, coklat dan sebagainya. Biskut ini juga boleh dibuat tanpa inti dalamnya. Jangan bakar terlalu lama kalau nak inti yang cair. Biskut akan sedikit lembut semasa panas dan akan lebih keras bila sejuk. Pastikan mentega dipanaskan sehingga keperangan untuk mendapatkan biskut yang paling sedap. Selamat mencuba.