Nasi Goreng Keju (masakan tempatan + western)

Assalamualaikum. Hai semua. Korang pernah makan nasi goreng keju tak? Kalau tak pernah makan sama la macam saya. Saya pun belum pernah makan sebelum ni. Kisahnya, bulan lepas saya ada pergi ke sebuah restoran di Shah Alam. Saya pergi bersama family kakak saya. Bila sampai di restoran tu kami pun order la menu berlainan ikut selera masing-masing. Saya order yee mee kantonies style, kakak saya order mee hailam, suami saya pula order mee kari dan yang lain tu saya dah lupa pulak menu apa yang diaorang order. Hehe. Makanan yang kami order semuanya menu biasa dan yang pernah saya makan sebelum ni, cuma saya tertarik pada menu yang anak buah saya order iaitu nasi goreng keju.

Continue reading “Nasi Goreng Keju (masakan tempatan + western)”

Upside Down Oreo Cheesecake | Kek Oreo Terbalik

Assalamualaikum. Hari ni saya masak kek kegemaran anak-anak saya. Kenapa saya cakap kegemaran anak-anak saya sebabnya anak-anak saya memang penggemar cheese tegar. Salah satunya upside down oreo cheesecake ni la. Kalau saya buat kek yang berasaskan keju memang anak-anak saya berebut2 makan. Hehe. Kek ni dipanggil upside down atau ‘terbalik’ kerana ada susunan oreo di dasar kek dan apabila diterbalikkan kek ni nampak sangat cantik.

Continue reading “Upside Down Oreo Cheesecake | Kek Oreo Terbalik”

Cheesecake 3 Bahan – Mudah, Gebu dan Sedap

Cheesecake 3 Bahan

Assalamualaikum..Kali ni saya cuba buat resepi cotton cheesecake 3 bahan yang pernah menjadi viral di media sosial. Dah lama jugak rasanya cheesecake 3 bahan ni menjadi viral tapi baru sekarang saya berkesempatan nak update resepinya disini. Saya tak pasti siapa yang mula-mula membuat cheesecake ni tapi apa-apa pun terima kasih kepada tuan punya resepi yang mencipta resepi yang best ni. Kek ni memang lembut dan sangat gebu walaupun hanya guna 3 bahan. Cara membuatnya pun memang sangat cepat dan mudah.

Cheesecake 3 Bahan

Continue reading “Cheesecake 3 Bahan – Mudah, Gebu dan Sedap”

Resepi Popiah Carbonara Cheese

Popiah Carbonara Cheese

Assalamualaikum. Selamat berpuasa semua. Dah masuk minggu terakhir bulan puasa tahun ni, korang dah ready ke semua baju raya dan kuih muih untuk raya nanti? Sambil-sambil buat persiapan raya tu jom la kita bersama-sama meningkatkan dan memperbanyakkan amal ibadat kita supaya puasa kita lebih berkat. Dalam 10 malam terakhir Ramadan ni jom kita amalkan bacaan doa ni: “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni”. Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan senang memaafkan. Maka, maafkanlah kesalahanku. Semoga kita semua mendapat keberkatan malam Lailatulqadar. Sambil-sambil baca doa tu jom tengok resepi popiah carbonara cheese ni. Hehe. Continue reading “Resepi Popiah Carbonara Cheese”