Assalamualaikum. Pavlova adalah sejenis pencuci mulut manis yang berasaskan meringue (putih telur). Ia dinamakan sempena nama seorang ballerina Rusia, Anna Pavlova. Bahagian luar mini pavlova ni rasa rangup seperti kerak dan bahagian dalamnya pula lembut dan ringan. Pavlova biasanya dihidangkan dengan krim putar dan juga dihias dengan buah-buahan.
Tart Buah Mudah Dan Sedap | Fruit Tart
Assalamualaikum.. Hari ni saya akan kongsikan resepi tart buah. Dah lama dah saya buat tart buah ni. Mungkin ramai yang dah tengok video tart buah ni kat Youtube Channel kami. Cuma saya tak sempat nak update kat blog. Sekarang free sikit, boleh la update. Kalau ada yang belum tengok video tart buah ni, boleh tengok kat bawah ni. Kalau nak tengok banyak lagi resepi yang lain, boleh klik kat sini ataupun taip Buat Orang Lapo di Facebook atau Youtube. Jangan lupa subscribe YouTube kami tau.
Roti Lasagna Mudah dan Sedap (Lasagna Bread)
Assalamualaikum. Entry kali ni saya nak kongsikan resepi roti lagi iaitu roti lasagna. Sebelum ni saya pernah kongsikan resepi lasagna yang menggunakan kulit lasagna. Kali ni resepi yang lebih senang dengan menggunakan roti. Mungkin di sesetengah tempat susah nak jumpa atau cari kulit lasagna. So saya tukar kulit lasagna dengan roti. Walaupun rasanya lain sikit, tapi tetap sedap. Asalkan intinya sedap, sedap la hasilnya.
Continue reading “Roti Lasagna Mudah dan Sedap (Lasagna Bread)”
Corn Dog Keju Yang Sedap (Korean Food)
Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan salah satu Korean street food yang agak popular sejak kebelakangan ni iaitu cheese corn dog. Resepi yang senang untuk dibuat dan juga sedap dijadikan hidangan minum pagi atau petang.