Resepi Corn Dog Keju Yang Sedap (Korean Food)

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan salah satu Korean street food yang agak popular sejak kebelakangan ni iaitu resepi corn dog keju. Resepi yang senang untuk dibuat dan juga sedap dijadikan hidangan minum pagi atau petang. 

corn dog

Rasanya sejak kehadiran dunia Korea kat bumi Malaysia ni, macam-macam pengaruh yang mereka bawa. Bermula daripada drama, filem, makanan, bahasa dan macam-macam lagi. Kuat betul rasanya pengaruh Korea di kat Malaysia ni kalau nak dibandingkan dengan Jepun. Sebab sebelum kehadiran Korea, drama-drama Jepun yang masuk dulu kat Malaysia ni. Masa muda remaja dulu memang saya suka layan cerita-cerita Jepun tu. Cuma pengaruh Jepun tak sehebat Korea. Memang tak dinafikan drama dan filem Korea memang best dan membawa kesan yang besar bila kita tengok tu. Ceritanya sangat berkualiti walaupun setakat drama biasa. Saya pun suka layan cerita-cerita Korea. Hehe. 

Daripada drama, masuk pula pengaruh yang lain seperti makanan, bahasa Koea, dan lain-lain lagi. So saya pun nak cuba la juga buat makanan-makanan Korea tu. Hehe. Katanya corn dog ni salah satu daripada Korean street food. Jom kita try kesedapannya.

Saya salutkan luaran corn dog ni dengan serbuk roti supaya lebih rangup. Rasanya original Korean corn dog ni juga disalut dengan gula diluarnya. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk membuatnya.

Kalau nak lebih senang faham cara membuat corn dog ni, boleh tengok video yang saya sediakan kat atas ni. Jangan lupa follow dan subscribe juga YouTube Channel kami ye 😉

corn dog

 

Bahan-Bahan untuk Resepi Corn Dog :

  • 1 Cawan Tepung Gandum
  • 2 Sb Gula
  • 2 sk Serbuk Penaik
  • 1/2 sk Garam
  • 1 Telur
  • 3/4 Cawan Susu Segar Sejuk
  • Keju Cheddar/Mozarella Sosej
  • Serbuk Roti (optional)

Cara-cara membuat Corn Dog:

  1. Gaulkan tepung gandum bersama gula, serbuk penaik dan juga garam.
  2. Masukkan telur dan juga susu segar. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan ke dalam cawan yang tinggi supaya mudah untuk mencelup sosej.
  4. Salutkan sosej dengan keju dan cucuk dengan lidi.
  5. Sejukkan sosej ke dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.
  6. Celup sosej yang telah sejuk tadi ke dalam adunan tepung. Kemudian salutkan pula dengan serbuk roti dan terus goreng di dalam minyak yang panas sehingga garing.

corn dog

corn dog

corn dog


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

9 Comments »

Leave a Reply