Dragon Mix Fruit a.k.a Air Koktel

Assalamualaikum.. Baru-baru viral di Facebook air koktel ataupun diberi nama dragon mix fruit. Rasanya ramai yang telah mencuba resepi ni. Sebab tertarik dengan warna buah-buahan yang bewarna-warni ni, saya pun teringin nak mencubanya. Tak pasti siapa owner sebenar resepi air koktel ni, tapi saya sangat berterima kasih kerana sudi berkongsi resepi dragon mix fruit yang menarik dan sedap ni. Sebelum ni saya pernah membuat puding koktel berkuah. Boleh tengok resepinya disini jika ingin mencuba. Cuma air koktel yang saya buat kali ni lebih senang untuk dihidangkan. Boleh dijadikan juadah berbuka puasa mahupun sebagai hidangan untuk tetamu masa raya nanti ok. ?

Continue reading “Dragon Mix Fruit a.k.a Air Koktel”

Pasta Sardin Yeo’s

Pasta Sardin Yeo's

Assalamualaikum. Ramadan datang lagi, tentu ibu-ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan? Balik kerja, kena hadap jalan sesak dan menyebabkan kekangan untuk menyediakan juadah yang berbaloi untuk dimakan buat berbuka. Pastinya kita semua memerlukan makanan yang sedap dan paling penting sihat. Jadi untuk memastikan kita semua mendapat yang #terbaikramadan , jom cuba resepi mudah dengan hanya tiga hingga empat langkah sahaja. Alhamdulillah untuk beberapa hari puasa ni, saya masih lagi berkesempatan untuk berkongsi idea resepi yang ringkas untuk semua. Awal-awal puasa ni rasanya idea untuk masak berbuka dan bersahur masih banyak mencurah-curah. Hehe.. So hari ni saya nak kongsikan satu resepi sardin yang sangat mudah dan cepat disediakan iaitu resepi pasta sardin Yeo’s.

Continue reading “Pasta Sardin Yeo’s”

Biskut Susu Alien | Biskut Alien Viral

biskut susu

Assalammualaikum.. Sejak kebelakangan ni rasanya banyak betul kisah biskut susu alien viral ni lalu lalang di wall Facebook saya. Macam-macam rupa bentuk alien ni. Memang ketawa la tengok bentuk-bentuknya. Hehe.. Saya sendiri tak pasti siapa yang mula-mula buat biskut alien ni. Mungkin sebab kecomelan biskut bentuk alien ni, ramai yang nak mencubanya. Sebenarnya resepi biskut alien ni cuma resepi biskut susu biasa. Cuma bentuknya je ditukar jadi lebih comel. Hehe.. Selain bentuk alien ni, korang boleh jugak buat apa-apa bentuk lain ikut kreativiti masing-masing. Dalam video kat bawah ni saya ada juga buat bentuk leper macam biskut susu yang biasa. ?? Continue reading “Biskut Susu Alien | Biskut Alien Viral”

Nasi Tomato Mudah

nasi tomato

Assalamualaikum.. Hari ni jom kita belajar cara-cara buat nasi tomato pulak. Nasi tomato ni salah satu nasi kegemaran anak saya sebab nasi ni ada warna. Haha.. Selalunya dia memang suka makan nasi ni semata je tanpa lauk dan kuah sebab nasi ni dah ada rasa. Nampak macam kesian makan nasi saja tapi tu la favorite dia. Hehe.. Disebabkan nasi-nasi yang berperisa macam ni memang kesukaan anak-anak, saya cuba la belajar buat nasi tomato ni. So sekarang bila dan pandai sikit saya share pulak resepinya kat korang semua. Resepi ni saya ambil daripada buku masakan. Simple je sebenarnya nak buat nasi tomato ni. Bahan pun tak susah nak cari.

Continue reading “Nasi Tomato Mudah”