Dragon Mix Fruit a.k.a Air Koktel

Assalamualaikum.. Baru-baru viral di Facebook air koktel ataupun diberi nama dragon mix fruit. Rasanya ramai yang telah mencuba resepi ni. Sebab tertarik dengan warna buah-buahan yang bewarna-warni ni, saya pun teringin nak mencubanya. Tak pasti siapa owner sebenar resepi air koktel ni, tapi saya sangat berterima kasih kerana sudi berkongsi resepi dragon mix fruit yang menarik dan sedap ni. Sebelum ni saya pernah membuat puding koktel berkuah. Boleh tengok resepinya disini jika ingin mencuba. Cuma air koktel yang saya buat kali ni lebih senang untuk dihidangkan. Boleh dijadikan juadah berbuka puasa mahupun sebagai hidangan untuk tetamu masa raya nanti ok. 😄

Untuk membuat air dragon mix fruit ni, saya menggunakan beberapa jenis buah. Boleh gunakan apa-apa buah kegemaran masing-masing. Cuma untuk menghasilkan warna ungu yang cantik seperti yang saya buat ni perlu la menggunakan buah naga a.k.a dragon fruit. Tak perlu menambah pewarna yang lain sebab warna daripada buah naga ni dah cukup cantik. Selain daripada buah, boleh jugak tambahkan bahan yang lain seperti nata de coco, selasih, jelly dan sebagainya. Dalam resepi ni saya tidak menambahkan air sebab ais akan mencairkan air koktel ni nanti.

Ok jom kita tengok video resepi kat bawah ni. Lepas tu jangan lupa subscribe YouTube channel Buat Orang Lapo ye. 😁

Advertisements

dragon mix fruit

dragon mix fruit

dragon mix fruit


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.