Pizza Kentang Mudah Menggunakan Roti Paratha

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua. Bertemu lagi kita di entri kali ini. Kisahnya pada minggu lepas adik-adik serta anak-anak buah saya datang ke rumah untuk menziarah. Bila dah ramai-ramai tu biasalah mesti nak sediakan hidangan untuk dijamu pada merekakan. So, saya pun masak la pizza kentang beserta sosnya untuk mereka. Resepi ini bukan sahaja senang dan mudah untuk disediakan malahan rasanya pun sangat sedap. Memang berselera betul diaorang makan sehingga habis semua pizza kentang yang saya buat. Hehehe.

Continue reading “Pizza Kentang Mudah Menggunakan Roti Paratha”

Ikan Bakar Sambal Berempah Pembuka Selera

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Bertemu lagi kita di entri kali ini. Hari ini saya nak kongsikan resepi ikan bakar sambal berempah. Rasa macam dah bosan pulak asyik makan ayam dengan daging je sebab anak-anak saya kurang gemar makan ikan. Tapi bila saya masak ikan bakar sambal berempah ni anak-anak saya sangat suka dan sedap mereka kata. Hehe.

Continue reading “Ikan Bakar Sambal Berempah Pembuka Selera”

Bubur Jagung Paling Simple Yang Sedap

Assalamualaikum. Bersua lagi kita dalam entry kali ini. Masih terbayang lagi di minda saya semasa saya kecil emak saya ada menanam jagung di kampung. Luas juga kebun jagung yang emak saya usahakan, memang puas la kami makan jagung ketika itu. Kalau kami adik beradik nak makan jagung bakar emak saya akan kutip jagung di kebun dan terus bakar menggunakan dapur arang yang ada di kebun dan kami akan berkelah dalam kebun sambil menikmati jagung bakar yang di sapu dengan sedikit marjerin. Kalau bukan jagung bakar, mesti la bubur jagung jadi favorite kami. Errrmmm… memang sedap sangat, fresh dan manis je rasa jagung tu. Hehe. Memang seronok kalau ingat kisah waktu kecil-kecil dahulu.

Continue reading “Bubur Jagung Paling Simple Yang Sedap”