October 28, 2020

Pizza Kentang Mudah Menggunakan Roti Paratha

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua. Bertemu lagi kita di entri kali ini. Kisahnya pada minggu lepas adik-adik serta anak-anak buah saya datang ke rumah untuk menziarah. Bila dah ramai-ramai tu biasalah mesti nak sediakan hidangan untuk dijamu pada merekakan. So, saya pun masak la pizza kentang beserta sosnya untuk mereka. Resepi ini bukan sahaja senang dan mudah untuk disediakan malahan rasanya pun sangat sedap. Memang berselera betul diaorang makan sehingga habis semua pizza kentang yang saya buat. Hehehe.

Pizza kentang ni saya buat hanya menggunakan roti paratha readymade yang boleh di beli di mana-mana pasaraya sebagai keraknya. Biasanya roti paratha ni di bakar dan di makan macam tu je kan? tapi kali ni saya olah sedikit supaya ianya menjadi lebih sedap dan enak. Bahan untuk topping yang saya gunakan untuk resepi ini ialah kentang yang dipotong bulat beserta sosnya. Korang boleh tambah apa-apa bahan yang sesuai sebagai toppingnya seperti keju mozarella, tomato, daun pasli atau sebagainya mengikut selera masing-masing. Pizza kentang ni sedap di makan semasa panas-panas. So, apa tunggu lagi. Jom kita buat pizza kentang yang mudah ni!

Saya pernah kongsikan beberapa jenis pizza sebelum ini, antaranya homemade pizza yang saya buat sendiri dohnya. Ataupun korang boleh cuba resepi roti pizza. Pizza yang dibuat dengan menggunakan roti putih. Walaupun ianya tidak seperti original pizza, tapi ianya lebih senang dan cepat untuk disediakan.

Sebelum korang cuba buat pizza kentang ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan boleh tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-bahan pizza kentang:

Bahan sos:

  • 1/2 cawan Susu Cair
  • 1 sk Tepung Jagung
  • 2 keping Keju Cheddar
  • Garam

Bahan lain:

  • Roti Paratha
  • 1-2 biji Kentang (dipotong bulat)
  • Serbuk Lada Hitam
  • Serbuk Paprika
  • Garam

Bahan hiasan:

  • Emping Cili
  • Daun Kucai

Cara-cara untuk membuat pizza kentang:

  1. Masukkan susu cair ke dalam periuk dan tambahkan tepung jagung dan kacau sehingga larut (jangan buka api dahulu).
  2. Kemudian letakkan di atas dapur, buka api dan kacau sebentar.
  3. Masukkan keju cheddar dan garam kacau lagi sehingga sos menjadi likat dan ketepikan.
  4. Seterusnya, gaul kentang bersama serbuk lada hitam, serbuk paprika dan garam sehingga rata.
  5. Ambil sekeping roti paratha letak di atas dulang pembakar yang di sapu dengan sedikit minyak (tujuannya supaya tidak melekat).
  6. Sapukan sos tadi ke atas roti paratha, susun kentang dan taburkan emping cili serta daun kucai sebagai hiasan.
  7. Bakar pada suhu 180°C selama 20 atau sehingga masak. Siap!
pizza kentang
pizza kentang
pizza kentang
pizza kentang

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Nazatul Fairuz

Supermom kepada dua orang superhero yang super comel. Hehe. Suka memasak dan mencuba pelbagai resepi baru. Menulis blog untuk mengisi masa lapang dan berkongsi resepi yang sedap-sedap untuk semua para pembaca.

View all posts by Nazatul Fairuz →

Leave a Reply

%d bloggers like this: