Kek Coklat Lembap Kukus (Sukatan Cawan)

Assalamualaikum.. Rasanya kek coklat lembap atau moist chocolate cake ni antara kek yang paling digemari orang ramai. Ada banyak juga resepi kek yang pernah saya kongsikan sebelum ni. Tapi rupanya kek coklat lembap kukus ni tak pernah lagi saya kongsikan resepinya. Hehe. Baru sekarang teringat nak kongsikan resepinya bila ramai yang menanyakan pasal kek coklat yang boleh dikukus.

kek coklat lembab kukus

 

Kalau nak resepi kek coklat versi bakar, boleh tengok resepinya disini. Untuk resepi ni, tak sesuai dibakar. Actually kakak saya pernah try buat kek coklat lembap secara bakar dengan menggunakan resepi ni, tapi resultnya kek jadi mampat. Hehe. So saya tak recommend resepi ni untuk dibakar. Next time saya nak cuba buat resepi kek coklat ni menggunakan kaedah waterbath pula. Keadah waterbath ni lebih kurang macam kukus jugak. Kalau dah buat nanti saya update resultnya macam mana ya. 

Dalam resepi ni, saya tidak menggunakan serbuk penaik. Guna soda bikarbonat sahaja sudah mencukupi. Dan soda ini perlu dimasukkan awal bersama garam. Ada juga yang bertanya apakah fungsi meletakkan air panas ke dalam kek ni. Actually air panas ni berfungsi untuk menjadikan kek lebih lembap ataupun moist. Gunakan air yang betul-betul panas. Kalau tengok dalam video kat atas, nampak air panas masih berasap lagi. Masa letak air panas ni, jangan pukul adunan menggunakan mixer, nanti habis merecik air panas ke tangan. Rosak kulit nanti. Hehe.

Kalau nak tengok lagi pelbagai video dan resepi yang best, boleh subscribe YouTube Channel kami. Kat YouTube ni selalu resepi yang paling latest kami upload. Nak follow kami kat Facebook dengan Instagram pun boleh. Search je “Buat Orang Lapo”, confirm jumpa. Hehe. 

Ok jom kita tengok dulu resepi kek coklat lembap kat bawah ni. Kalau tak faham, boleh refer video yg saya sediakan kat atas ni.

kek coklat lembap

 

Bahan-bahan Kek Coklat Lembap:

  • 3/4 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan minyak
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan air panas

Cara Membuat Kek Coklat Lembap:

  1. Pukul gula dan telur sehingga betul-betul kembang. Adunan menjadi pucat.
  2. Masukkan garam, soda, esen vanila, minyak dan juga susu pekat. Pukul lagi sehingga sebati.
  3. Ayakkan tepung dan juga serbuk koko ke dalam adunan tadi. Kacau sehingga sebati. 
  4. Masukkan pula air panas. Kacau lagi sehingga adunan sebati.
  5. Lenserkan oyang yang berukuran 8″ dengan marjerin.
  6. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang dan kukus selama 40 minit. 

Nota:

  • Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum masukkan kek.
  • Balut penutup pengukus supaya air tidak menitik ke atas kek.
  • Kukus dengan menggunakan api sederhana.

Bahan-bahan Toping Coklat:

  • 250 gram coklat masakan
  • 1 sudu besar mentega
  • 3/4 cawan krim putar tenusu

Cara-Cara:

  1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan masakkan secara double boil. Kacau sehingga coklat cair.

Nota:

  • Boleh tambah krim putar sedikit demi sedikit jika mahu topping yang lebih cair.

kek coklat lembap

kek coklat lembap

kek coklat lembap


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Scroll to Top