Resepi Butter Chicken Buat Orang Lapo

Butter Chicken Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum dan hai semua. Hari ni saya nak kongsikan resepi butter chicken yang mudah dan sedap. Cara buat resepi ni sangat-sangat senang, ayam disalut tepung dan telur, kemudian digoreng sampai garing. Lepas tu, masak kuah menggunakan butter, bawang putih hiris, daun kari dan cili padi. Kemudian tuang susu cair atau susu segar, dan boleh campur cooking krim kalau nak kuah lebih pekat. Siap sekejap je dan sesuai untuk makan tengah hari atau malam. Selamat mencuba!

Resepi Butter Chicken Buat Orang Lapo

Bahan-bahan Resepi Butter Chicken:

Untuk ayam:

  • 500 gm Ayam Boneless
  • ½ cawan Tepung
  • 1 biji Telur
  • Garam (secukup rasa)
  • Lada Hitam (Pilihan)

Untuk kuah:

  • 3 sudu besar Butter
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 2 tangkai Daun Kari
  • 5 biji Cili Padi
  • 1 cawan Susu Cair Atau Susu Segar
  • ½ cawan Cooking Krim (Pilihan)
  • 1 sudu kecil Gula
  • Garam (secukup rasa)

Cara Masak Resepi Butter Chicken:

  1. Potong ayam ikut saiz yang disukai. Kemudian, salut dengan tepung dan telur yang dah dikacau bersama garam.
  2. Goreng ayam sampai garing dan kekuningan. Kemudian, ketepikan.
  3. Leburkan butter, kemudian tumis bawang putih hiris, daun kari dan cili padi sampai wangi.
  4. Tuangkan susu cair atau susu segar, dan cooking krim kalau suka. Kemudian, tambah gula dan garam, kacau sampai kuah jadi pekat.
  5. Masukkan ayam goreng, kacau sekejap sampai kuah salut merata. Siap!

Tips:

  • Goreng ayam sampai betul-betul garing supaya dia tak cepat lembut lepas masuk kuah.
  • Kalau nak pedas, lebihkan cili padi. Kalau kurang pedas, buang biji dulu.
  • Kalau suka, boleh tambah telur masin dalam kuah untuk rasa lebih kaya.
  • Hidangkan terus supaya ayam masih rangup. Sedap makan dengan nasi putih.
Resepi Butter Chicken Buat Orang Lapo

Cuba juga: Kari Ayam Mak Mertua Power Tanpa Santan Resepi Rahsia, Mee Kari Paling Mudah Dan Cepat dan Resepi Ayam Masak Kicap: Cara Memasak Mudah dan Sedap.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Playlist YouTube

Scroll to Top