Simple Non-Baked Oreo Cheesecake (Kek Keju Oreo Tanpa Bakar) 

Assalamualaikum. Entry kali ni saya nak kongsikan resepi non baked oreo cheesecake pulak. Selalu tengok pelbagai resepi cheesecake yang sedap-sedap, rasa terliur pulak nak makan. Saya pun cuba la buat resepi cheesecake yang paling senang nak dibuat dan paling sedap dimakan. Mesti ramai penggemar oreo cheesecake ni kan?

Saya pun start mencari resepi oreo cheesecake ni di Google. Ada banyak resepi dan cara nak buat cheesecake ni rupanya. Resepi yang saya kongsikan ni saya jumpa dekat Blog “live well bake often”. Tapi saya ada olah sikit la resepinya ikut kesedapan tekak sendiri. Hehe.. Resepi ni sangat senang nak buat sebab tak perlu di bakar dan tidak menggunakan gelatin. Disebabkan cheesecake ni tak guna gelatin, dia akan jadi lembut sikit la. Kalau nak keras, boleh letak dalam peti ais di tempat beku. Kalau nak kek yang lebih kental, boleh tambah gelatin dalam kek ni. Cuma kadang-kadang tu susah kan nak cari gelatin yang halal. So korang boleh la guna resepi ni. Tak perlu susah payah nak cari gelatin lagi.

Untuk bahagian atas kek ni, saya gunakan non-dairy Whipping Cream. Sebabnya rasa lebih rasa macam ais krim sikit. Hehe. Tapi kalau tak jumpa non-dairy Whipping Cream, boleh jugak guna dairy Whipping Cream yang biasa. Tetap sedap jugak rasa dia. Untuk kek ni saya gunakan pan saiz 9 inci. Kalau korang nak bahagian atas yang tebal, boleh gandakan semua bahan-bahan untuk bahagian atas tu. Atau pun boleh gunakan resepi yang ni tapi gunakan pan bersaiz 5 inci. Saya lebih suka buat nipis-nipis je. So ikut la mana-mana yang korang suka ok.. ?

OK untuk memudahkan lagi korang but cheesecake ni, boleh tengok video kat bawah ni.. Kalau dah tengok tutorial resepi Cheesecake ni confirm menjadi la korang punya kek nanti. ?

Bahan-bahan untuk Non Baked Oreo Cheesecake:

Bahagian bawah (crust) :-

  • 200 gram oreo
  • 50 gram butter (cairkan)

Bahagian atas (cheese) :-

  • 250 gram cream cheese
  • 80 gram gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 250 ml whipping cream (saya guna non-dairy)
  • 7-8 keping oreo (patah-patahkan)

Cara-cara :

  1. Kisarkan oreo menggunakan mesin pengisar atau isikan dalam plastik dan ketuk-ketuk sehingga hancur. (asingkan sedikit untuk hiasan atas kek)
  2. Masukkan butter yang telah dicairkan. Gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang (loose-base pan). Alaskan dengan baking paper terlebih dahulu. Ketepikan.
  4. Untuk bahagian atas, pukulkan cream cheese, gula kastor dan esen vanilla sehingga sebati.
  5. Masukkan whipping cream dan putar lagi sehingga kental.
  6. Masukkan oreo yang telah dipatahkan tadi dan gaul rata.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang yang berisi oreo tadi.
  8. Taburkan oreo kisar ke atas kek atau boleh hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.
  9. Bekukan kek sekurang-kurangnya 4 jam atau sehingga keras.

 


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

6 Comments »

Leave a Reply