Resepi serabai tanpa nasi lembut dan berongga

Serabai Tanpa Nasi Lembut Dan Berongga Guna Kuali

Assalamualaikum dan hai semua. Hari ni saya nak kongsikan resepi serabai tanpa nasi untuk korang yang nak buat serabai tapi tak ada nasi lebih kat rumah. Adunan dia cuma guna tepung gandum, sedikit tepung beras dan yis, lepas tu diperam sampai naik dan berbuih dan dimasak atas kuali kecil. Hasilnya lembut, berongga dan sedap. Sesuai untuk sarapan atau minum petang. Selamat mencuba!

Resepi serabai tanpa nasi lembut dan berongga

Kalau korang pernah cuba resepi serabai saya yang guna nasi, versi ni lebih ringkas sebab tak perlu kisar nasi. Rasa dia lembut dan sedikit manis, cuma tekstur sedikit lain. Sukatan bahan boleh adjust ikut rasa.

Bahan-bahan Resepi Serabai Tanpa Nasi:

  • 2 cawan Tepung Gandum
  • ½ cawan Tepung Beras
  • 1½ cawan Air
  • ½ cawan Air Suam
  • ½ sudu besar Yis Segera
  • 2 sudu besar Gula
  • ½ sudu kecil Garam
  • Sedikit Minyak (untuk sapu kuali)

Cara Buat Serabai Tanpa Nasi:

  1. Mula-mula, bancuh air suam dengan gula dan yis segera. Kacau dan biarkan dalam 10 minit sampai yis berbuih. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, tepung beras dan garam. Tuang air sedikit demi sedikit sambil kacau supaya tak berketul.
  3. Masukkan bancuhan yis tadi dan kacau sampai sebati. Kalau nak lebih licin, boleh kisar sekejap dalam blender.
  4. Tutup mangkuk dengan kain bersih dan perap adunan lebih kurang 1 hingga 2 jam, sampai adunan naik sekali ganda dan berbuih.
  5. Panaskan kuali kecil, kemudian sapu sedikit minyak. Kacau adunan sekali lagi, kemudian tuang satu senduk.
  6. Tutup kuali dan masak dengan api perlahan sampai permukaan serabai berlubang-lubang dan nampak kering. Angkat dan ulang sampai adunan habis.
  7. Hidangkan serabai panas-panas. Siap!

Tips Serabai Tanpa Nasi:

  • Guna air suam, bukan air panas, supaya yis tak mati.
  • Kalau adunan tak kembang langsung lepas diperam, mungkin yis dah lama. Cuba guna yis yang baru.
  • Api perlahan sangat penting. Kalau api besar, bawah serabai cepat hangus tapi bahagian atas masih belum masak.
  • Panaskan kuali betul-betul sebelum tuang adunan pertama supaya serabai tak melekat.
  • Serabai ni paling sedap dimakan panas-panas, terus lepas angkat dari kuali.

Cuba juga: Kuih Serabai Lembut Dan Sedap (versi guna nasi), Apam Nasi Gebu Sukatan Cawan Guna Blender Je dan Resepi Tradisi Kuih Talam.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Playlist YouTube

Scroll to Top