Kuih Serabai Lembut Dan Sedap

Assalamualaikum dan hi semua. Hari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi kuih traditional iaitu kuih serabai. Untuk korang yang tak tahu, kuih serabai ni merupakan kuih tradisional yang popular di Malaysia. Walaupun nama dia serabai, tapi kuih ni tak serabai ok! Hahaha.. Kuih serabai ni berasaskan nasi dan bolehlah dikatakan seperti apam. Tetapi bentuknya tidaklah bulat seperti apam. Ianya berbentuk seperti lempeng. Rasanya sedikit berlemak, sangat lembut dan sedap. Pada kebiasaannya kuih serabai dimakan dengan kuah durian atau kuah manis. Tapi saya lebih suka makan dengan sambal atau kuah kari, terpulang la pada citarasa masing-masing. Ianya sesuai dijadikan sebagai hidangan minum petang. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video penuh cara membuat kuih serabai kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan untuk kuih serabai:

  • 2 cawan (250 gm) Tepung Beras
  • 2 cawan (500 ml) Santan Cair
  • ½ cawan (80 gm) Nasi
  • 1 sudu kecil Yis Kering
  • ½ cawan (60 ml) Air Suam
  • 2 sudu besar Gula
  • ½ sudu kecil Garam

Cara-cara untuk membuat kuih serabai:

  1. Mula-mula ambil air suam, masukkan gula dan yis kering. Kacau sehingga gula larut dan yis sebati dengan air. Biarkan sehingga yis kembang lebih kurang 10-15 minit. Ketepikan dahulu.
  2. Kemudian, masukkan santan cair, nasi, garam, tepung beras dan air yis tadi ke dalam blender. Kisar sehingga semua bahan sebati. Masukkan ke dalam mangkuk dan perap adunan 1-2 jam sehingga kembang.
  3. Bila adunan dah kembang, panaskan kuali atau acuan dan sapukan dengan sedikit minyak. Masukkan adunan ke dalam kuali lebih kurang 1 senduk dan masak menggunakan api yang kecil. Tutup kuali dan tunggu sampai adunan masak sepenuhnya.
  4. Setelah adunan masak, angkat dan bolehlah dihidangkan dengan kuah durian ataupun boleh juga di hidangkan dengan sambal atau kuah kari jika suka. Siap!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo