Puding Roti Agar-Agar Kastard


Assalamualaikum dan hai semua. Hari ni saya nak kongsikan resepi puding roti kombinasi dengan agar-agar kastard yang sangat sedap. Puding roti ni boleh dibakar atau dikukus. Resepi ni saya gunakan sukatan cawan. Boleh gunakan apa-apa jenis cawan kecil yang ada kat rumah. Perisa puding ni boleh dipelbagaikan seperti pandan, strawberi, jagung atau lain-lain mengikut selera masing-masing. Puding roti agar-agar kastard ni sesuai dijadikan sebagai hidangan jamuan atau keramaian. Selamat mencuba.

Sebelum korang cuba buat resepi puding roti agar-agar kastard ni, apa kata korang tengok dulu video yang kami sediakan kat atas ni supaya lebih senang dan mudah faham cara untuk membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahannya:

Bahan untuk puding roti:

  • 10 keping Roti
  • 2 cawan Susu Penuh Krim
  • 1/3 cawan Gula
  • 2 biji Telur
  • 1 sudu besar Tepung Jagung
  • 2 sudu besar Mentega Cair
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • Cip Coklat

Bahan untuk agar-agar:

  • 1 cawan Air
  • 1 sudu besar Serbuk Agar-Agar
  • 3 sudu besar Gula
  • 1 cawan Susu Cair
  • 1 sudu besar Tepung Kastard + Sedikit Air
  • 2 sudu besar Serbuk Koko + Sedikit Air

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Ambil roti putih dan potong kecil-kecil. Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan susu penuh krim. Gaul rata biarkan roti berendam dengan susu selama 30 minit.
  2. Kemudian, dalam mangkuk lain masukkan gula, telur, tepung jagung, mentega cair dan esen vanila. Kacau semua bahan sehingga gula hancur dan sebati.
  3. Masukkan bancuhan ke dalam roti yang direnda tadi dan kacau sampai rata.
  4. Sediakan loyang atau acuan yang sesuai yang telah dioleskan dengan mentega dan dilapik dengan baking paper. Masukkan semua adunan roti tadi dan taburkan dengan cip coklat di atasnya.
  5. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar puding roti pada suhu 180°C selama 30 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing. Setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
  6. Sementara itu, sediakan agar-agar pula. Panaskan air dalam periuk, masukkan serbuk agar-agar dan gula. Kacau dan masak sehingga gula larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan susu cair, bancuhan tepung kastard serta bancuhan serbuk koko ke dalam periuk. Kacau rata kesemua adunan sehingga mendidih dan sedikit pekat.
  7. Selepas itu, tuangkan adunan agar-agar ke dalam loyang puding roti yang telah masak tadi. Simpan dalam peti sejuk sehingga agar-agar keras sepenuhnya. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo