Pancake without Freshmilk (Penkek tanpa susu) 

Assalamualaikum. Hari ni saya dan anak-anak sarapan pancake. Memandangkan hari ni anak-anak bangun lambat, maka lambat la bersarapannya. Pukul 10 lebih baru sarapan. Hehe.. Selalu sarapan kegemaran dorang lempeng manis. Kadang-kadang buat lempeng pisang, lempeng jagung, lempeng kurma. Asalkan nama lempeng semua dorang suka. ? Hari ni buat kelainan sikit la. Asyik-asyik lempeng je boring jugak. Tapi asasnya sama je. Cuma tambah sikit bahan lain dah upgrade sikit lempeng jadi penkek. Hehe..

Continue reading “Pancake without Freshmilk (Penkek tanpa susu) “

Masak Lemak Pucuk Kurma

Assalamualaikum. Kali ni saya nak kongsi tentang resepi masak lemak pucuk kurma dan juga sayur pucuk kurma itu sendiri. Ha…siapa yang pernah dengar nama pucuk kurma ni @ pernah tengok? Pucuk kurma ni sejenis sayuran. Mungkin ramai yang tak tahu. Saya sendiri pun tak pernah dengar nama sayur pucuk kurma ni. Tapi sebenarnya selama ni pucuk kurma ni ada je tumbuh kat belakang rumah mak saya di kampung. Cumanya mak saya sendiri pun tak pernah kutip dan memperkenalkan pucuk kurma ni pada anak-anak. Hehe. Continue reading “Masak Lemak Pucuk Kurma”

Brownies Coklat Mudah

brownies coklat

Assalamualaikum. Alkisah brownies coklat di hari raya baru-baru ni.. Raya tahun ni saya beraya di rumah mertua ni Klang. Raya pertama je kat sana. Raya kedua dah balik ke Pahang sebab tak banyak rumah nak pergi kat Klang. Semua saudara mara dah berkumpul satu rumah. So dah berjumpa dengan dorang semua kat situ. Jadinya raya kedua kami balik ke Pahang untuk lawat saudara mara belah saya pulak.

Continue reading “Brownies Coklat Mudah”

Krim Puff Gebu

Assalamualaikum. Entry kali ni saya nak share cara buat krim puff yang gebu dan lembut. Siapa pernah tengok rancangan 1 2 bakar kat TV3? Best jugak rancangan ni. Rancangan masakan yang bertemakan bakar. Siapa yang suka bakar membakar tu boleh tengok rancangan ni. Kalau tak sempat tengok pun boleh cari page 1 2 bakar kat Facebook. Setiap masakan dorang akan update resepi kat Facebook.

krim puff Continue reading “Krim Puff Gebu”

Ayam Goreng Kunyit Simple

ayam goreng kunyit

Assalamualaikum. Lunch hari ni simple je.. Ayam goreng kunyit. Mudah, cepat, lazat. ? masak ni je dah cukup dah. Tak payah masak sayur sebab dah ada sayur kat dalam ayam. Hehe.. Adik-adik yang baru nak belajar masak tu boleh cuba resepi ni sebab memang senang. Campak-campak je dah siap. Yang dah terer masak pun boleh cuba jugak. ? ok la jom tengok resepi ayam goreng kunyit ni..

ayam goreng kunyit

Bahan-bahan:

  • 3-4 ketul ayam dada – potong kecil
  • 2 senduk minyak masak
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 4 batang kacang panjang – potong 2 inci
  • 1 biji bawang besar/holland – hiris
  • 4-5 biji cili padi @ 1 biji cili besar – hiris
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam

Cara-Cara:

  1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perap sekejap.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam separuh masak.
  3. Kemudian kecilkan api dan keluarkan sedikit minyak jika minyak terlalu banyak.
  4. Masukkan bawang putih dan teruskan mengacau.
  5. Bila ayam dah hampir masak, masukkan bawang besar, kacang panjang dan cili. Taburkan serbuk perasa jika suka. Kacau sehingga ayam masak dan kacang sedikit layu. Angkat dan hidangkan.

Senangkan hidangan bujang.. Hehe. Selain kacang panjang, korang boleh jugak tambah carrot jika suka. Carrot akan menambahkan lagi keceriaan dan khasiat dalam hidangan korang. ? ok selamat mencuba.


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.