Pancake without Freshmilk (Penkek tanpa susu) 

Assalamualaikum. Hari ni saya dan anak-anak sarapan pancake. Memandangkan hari ni anak-anak bangun lambat, maka lambat la bersarapannya. Pukul 10 lebih baru sarapan. Hehe.. Selalu sarapan kegemaran dorang lempeng manis. Kadang-kadang buat lempeng pisang, lempeng jagung, lempeng kurma. Asalkan nama lempeng semua dorang suka. 😅 Hari ni buat kelainan sikit la. Asyik-asyik lempeng je boring jugak. Tapi asasnya sama je. Cuma tambah sikit bahan lain dah upgrade sikit lempeng jadi penkek. Hehe..

pancake

Memandangkan kat rumah ni tak ada simpan stok susu segar, saya tukar susu dengan air je la. Sebab tidak ada kerajinan pergi ke kedai semata-mata untuk beli susu segar. 😅 Tapi yang penting walaupun tanpa susu segar, penkek ni tetap jadi gebu, lembut dan sedap. Rasanya lebih sedap kot gantikan susu dengan air kosong sebab tak cepat muak bagi saya. Jadi boleh makan banyak-banyak dan jimat duit jugak tak perlu beli susu segar. 😂 ok la jom tengok cara buat penkek ni. Senang sangat je..

pancake

Bahan-bahan untuk pancake:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu besar gula (boleh tambah@kurangkan)
  • Secubit garam
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar minyak
  • 3/4 cawan air (anggaran)
  • Sedikit perasa vanila

Cara-cara :

  1. Pukul telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan vanila dan minyak. Kacau sebati.
  3. Masukkan tepung, baking powder, gula dan garam ke dalam bekas lain. (Bahan A)
  4. Kemudian masukkan Bahan A tadi ke dalam telur yang telah di pukul sedikit demi sedikit. Selang selikan dengan sedikit air sehingga dapat kepekatan yang sesuai. Kacau sehingga rata.
  5. Rehatkan adunan selama lebih kurang 5 minit.
  6. Sendukkan adunan ke atas non-stick pun yang telah di panaskan. Terbalikkan penkek bila buih dah mula pecah. Tunggu sehingga kekuningan dan boleh hidangkan.

Siap dah.. Adunan ni boleh dapat 4 keping penkek saiz sederhana. Untuk saya dan anak-anak makan cukup la 1 adunan. Dorang tak makan banyak mana pun. Heh. Boleh la makan penkek ni dengan butter, madu, coklat, jem, peanut, etc.. Ikut la selera masing-masing nak tambah apa pun. 😋😋 jom sarapan!

pancake


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply