Lamb Chop with Black Pepper Sauce

Assalamualaikum. Hari ni saya nak buat lamb chop yang paling sedap sesedap lamb chop yang berharga rm80-rm90 tapi dengan modal rm5 je.. Haha.. Resepi yang confirm akan makan sampai jilat jari ni.?? Resepi ni saya cari kat Google.. Lepas cuba beberapa resepi, saya rasa ni resepi yang paling sedap dan terbaik.. Siapa nak tau kesedapan resepi ni boleh la cuba ye..

Lamb chop ni sebenarnya kalau perap guna macam-macam herba lagi sedap macam herba campuran (mixed herb), tyme, oregano, rosemary dll. Herba-herba ni boleh di beli dekat pasaraya, selalunya bahagian rempah ratus tu ada banyak jenis herba-herba. Kalau tak ada herba pun, perap dengan lada hitam dan lada sulah pun dah sedap dah.

Daging jugak perlu di perap lama. Selalunya saya perap semalaman supaya semua bahan betul-betul meresap kat daging ni. Kalau nak cepat, perap sejam pun dah ok. Selain daripada daging kambing, korang boleh jugak guna resepi ni untuk daging lembu atau pun ayam. Daging ni saya akan ketuk dulu sebelum perap supaya dah masak nanti daging tak liat. Ok la tak nak cerita banyak.. Jom try resepi ni..

Bahan – Bahan untuk lamb chop:

  • 4 keping daging kambing
  • 1/2 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 cm halia (tumbuk)
  • Sedikit lada hitam, lada sulah, oregano (boleh tambah tyme, mixed herb, rosemary dll)
  • Sedikit minyak zaitun
  • Sedikit cuka

Cara-cara

  1. Bersih daging kambing dan toskan.
  2. Ketukkan sikit bahagian isi daging kambing supaya daging tidak liat.
  3. Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam dan semua jenis herba (lada hitam, lada sulah, oregano)
  4. Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
  5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bawang putih dan halia.Letakkan sedikit olive oil dan cuka.
  6. Perapkan daging beberapa jam atau semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging.
  7. Bakar daging sehingga masak. (boleh bakar guna oven @ kuali.kalau guna oven bakar pada suhu 160°C selama 20-30minit)

Bahan-bahan sos blackpepper:

  • 1 labu bawang besar (dicincang halus)*lagi sedap guna bawang holland
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 3 cawan air (anggaran)
  • 2 sudu besar mentega

Cara-Cara:

  1. Cairkan mentega ke dalam periuk, tumis bawang besar hingga layu dan wangi.
  2. Masukkan serbuk lada hitam dan tumis sekejap.
  3. Masukkan tepung gandum. Kacau selalu supaya tidak berketul.
  4. Masukkan air. Kacau sebati.
  5. Masukkan kiub ayam, sos lada hitam, sos tiram dan kicap. Kacau sebati sehingga masak dan sedikit pekat.

Ok bila dah siap daging dan sos ni.. Boleh la hidangkan dengan kentang putar atau pun kentang goreng. Nak tambah coleslaw pun sedap jugak.. ???

Selamat mencuba..

lamb chop

lamb chop


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

2 Comments »

Leave a Reply