Muffin Vanila Simple

Assalamualaikum. Hari ni tekak teringin nak makan kek tapi bahan pulak tak banyak kat rumah. Lepas belek-belek barang kat dapur terfikir la nak buat muffin vanila ni sebab bahannya sangat mudah dan senang nak buat.

muffin vanila

Segala jenis muffin dan kek memang favorite anak-anak saya. Bangun tido pagi-pagi terus breakfast muffin. Tengah hari lunch muffin lagi. Sampai ke malam pun muffin lagi. Pernah sekali anak saya yang sulung umur 3 tahun makan muffin sampai tertido. Dia terlelap atas bean bag dengan muffin kat tangan lagi. Haha.. Peminat tegar betul.. Tu la yang buat saya rajin nak buat kek @ muffin. Seronok tengok anak-anak suka makan.

Lagi satu keseronokan buat kek dan muffin ni sebab anak saya suka sangat nak menolong. Walaupun anak saya lelaki, bagi je la dia tolong kat dapur. Bagi dia pengalaman sambil boleh belajar macam-macam kat dapur. Bagi dia ayak tepung, kacau adunan, pegang mixer, masukkan bahan-bahan dalam mixer.. Buat kerja-kerja macam ni la yang boleh mengasah motor skill anak-anak walaupun lepas tu dapur dah tak ada rupa dapur. Haha. Tapi sekurang-kurangnya boleh menghalang dia daripada asyik bermain gadjet dengan cara yang seronok.

Ok la jom kita tengok resepi muffin vanila yang sangat mudah nak buat ni. Sesiapa yang ada anak tu boleh la ajak anak join sekali buat ni. 'Bonding time'  bak kata orang.. Mesti seronok. ??

Bahan A:

  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan B:

  • 4 sudu besar mentega (dicairkan)
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu segar
  • 1 biji telur (gred A)
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara :

  1. Ayakkan bahan A. Ketepikan.
  2. Pukul telur dan sekejap sehingga telur hancur.
  3. Masukkan susu segar, gula dan esen vanila. Kacau sebati.
  4. Masukkan kesemua bahan A. Kaup balikkan adunan sehingga sebati. Rehatkan adunan selama 5 minit.
  5. Kemudian masukkan adunan ke dalam muffin cup (3/4 daripada cup). Bakar selama 20-25 minit pada suhu yang 180°c.

Nota:

Boleh tambah filling kegemaran masing-masing kat dalam muffin ni untuk bagai rasa yang lebih sedap atau taburkan badam@chocolate rice@sprinkle.

muffin vanila vanilla muffin muffin vanila


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply